Sunday, 18 December 2016

7 MASALAH YANG SERING DIHADAPI DALAM RUMAHTANGGA


Perkahwinan adalah satu permulaan bukan pengakhiran. Di sinilah tempat kita untuk membina segalanya bersama pasangan seperti membina sebuah rumah yang kukuh untuk didiami selama mana yang mungkin dan boleh menampung keluarga kita. Tetapi perkahwinan tidak menjanjikan kebahagiaan kalau kita tak baiki kelemahan kita sebagai isteri atau suami.


Semua pasangan akan alami masalah yang sama dalam suatu hubungan tetapi tidak ada masalah yang tidak boleh dibaiki melainkan mati. Jadi di sini, Dr. Romantik nak share 7 masalah yang selalu dihadapi oleh pasangan yang sudah berkahwin.


  1. PENGKHIANATAN
Pengkhianatan itu adalah perkara yang sudah menjadi kebiasaan termasuk kecurangan dan hubungan sulit yang berkaitan emosi seperti one-night stands, hubungan melalui internet, samada ia jangka pendek atau jangka panjang. Semua ini datang dari pelbagai punca dan sudah menjadi masalah yang tidak asing bagi semua pasangan berumahtangga.


  1. KEINGINAN SEKSUAL YANG BERBEZA
Masalah seksual di kalangan pasangan yang berkahwin terjadi kerana beberapa sebab salah satunya kurang keinginan untuk melakukan seks. Persepsi yang salah apabila kita menganggap hanya perempuan sahaja mempunyai masalah kurang keinginan berseksual, malah sebenarnya, lelaki juga menghadapi masalah yang sama.
Kadang kala, keinginan cara untuk melakukan seks itu berbeza antara pasangan dan mereka tidak berbincang tentang masalah ini.


  1. PERINGKAT KEHIDUPAN
Isu ini terjadi apabila terdapat perbezaan umur yang ketara di antara pasangan. Di mana level kematangan mereka berbeza dan cara mereka berfikir sangat berbeza. Terjadi situasi dimana si isteri yang lebih tua rasa dirinya lebih bagus atau lebih tinggi dari suaminya dan dia menjadi sedikit degil untuk mendengar arahan suaminya dan sebaliknya.


  1. KEJADIAN TRAUMA
Kejadian trauma seperti berlaku kemalangan yang melibatkan kecacatan atau keadaan fizikal mereka tidak boleh kembali seperti sebelum. Juga keadaan yang memerlukan pasangan kita menjaga kita sepenuhnya apabila kita terlantar di katil hospital dan semua punca pencarian tertumpu kepada dia seorang sahaja. Dia perlu ulang alik ke hospital sambil melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak dan pekerjaan. Semua beban yang dipikulnya akan mengundang stress dan kepenatan jika tidak di urus dengan betul.


  1. TEKANAN / STRESS
Sudah menjadi kewajipan di mana setiap pasangan akan mengalami tahap stress dalam hubungan mereka. Stress berpunca daripada masalah kewangan, kesihatan dan mental. Kewangan mungkin dari segi kehilangan pekerjaan atau tidak dinaikkan pangkat, stress dari segi kekeluargaan ialah seperti masalah keluarga mentua dan anak-anak.


  1. CEMBURU
Cemburu perlu ada dalam sebuah hubungan dan ia adalah sesuatu perkara yang baik tetapi bukan cemburu buta atau cemburu yang melampau. Cemburu yang melampau seperti, setiap perkara yang kita lakukan, menjadi satu kesangsian kepada pasangan kita.
Contoh apabila kita mendapat panggilan, si dia akan bertanya soalan seperti, siapa yang call tadi, kenapa awak bercakap dengan dia, dah berapa lama kenal dan sebagainya.


  1. JEMU
Sesetengah pasangan akan menjadi bosan atau jemu dengan hubungan itu apabila mereka asyik melakukan routine yang sama setiap hari dan bertahun-tahun. Perjalanan hidup mereka seperti boleh dijangkakan dan sangat mendatar. Tiada kelainan atau aktiviti yang kreatif dalam hubungan mereka yang boleh menyemarakkan cinta itu semula. Mereka seperti pasrah dengan hubungan yang mendatar itu. Perkara ini kalau tidak diambil tindakan akan pergi ke masalah yang lebih kritikal.

No comments:

Post a Comment