Pasangan yang mempunyai perkahwinan jarak jauh bukan lah semudah yang disangka, tetapi si suami terpaksa tabahkan hati unutk meninggalkan si isteri untuk sementara waktu bagi mencari rezeki yang halal untuk memberikan kehidupan yang lebih baik untuk dia.
Dr. Romantik nak berikan beberapa tips bagi mereka yang baru ke alam perkahwinan dan terpaksa berjauhan kerana pekerjaan masing-masing. Tips ini insyaallah dapat membantu pasangan mengekalkan keintiman dan hubungan cinta antara satu sama lain walaupun jauh.
Cuba jadikan amalan untuk mengucap "good morning" setiap pagi apabila bangun dan "good night" sebelum tidur. Walaupun ia nampak remeh tapi perkara ini dapat membina kepercayaan antara satu sama lain.
Seperti customer Dr. Romantik baru-baru ni, walaupun dia berada di luar Malaysia, dia berusaha untuk membuat plan meluangkan masa bersama isteri dengan bilik dan makan malam romantik. Jadi, buatlah persiapan yang awal dan senaraikan perkara yang anda ingin buat bersama pasangan apabila berjumpa nanti. Atau setkan masa untuk membuat video call atau skype bersama.
Sentiasa update pasangan kita dengan segala perkara yang kita buat atau lalui. Hantarkan gambar melalui whats app atau emel tempat yang kita berada atau perkara yang anda lakukan.
Apabila anda bercakap bersama pasangan dalam telefon, fokuskan kepadanya sahaja. Berhenti seketika segala apa yang anda sedang lakukan waktu itu.
Berikan pasangan anda hadiah kejutan. Hadiah tidak semestinya sesuatu yang mahal. Ia boleh jadi apa-apa barang asalkan anda ikhlas. Letakkan sepucuk surat sekali dengan hadiah itu, Tulis lah luahan hati anda tentang pasangan anda.
No comments:
Post a Comment