Sudah menjadi kebiasaan bila ahli keluarga kita bertambah, kita mula fokus kepada anak-anak dan hal ehwal mereka, kita kurang memberi perhatian terhadap pasangan kita. Walaupun menjadi amanah kepada kita menjaga hal ehwal anak kita, kita harus ingat tanggungjawab kita terhadap pasangan.
Mungkin bagi setengah pasangan, untuk mengekalkan kehangatan hubungan asmara itu agak rumit kerana mereka sudah lali dengan keadaan yang tidak mementingkan keeratan suami isteri.
Tapi perkara itu tidak serumit yang disangka. Anda hanya perlu bersikap proaktif sahaja untuk menghidupkan suasana romantik dalam rumah tangga anda.
#1 JAGA PENAMPILAN
Kita menjadi orang yang berada di zon selesa bila kita sudah berkahwin kerana kita sudah kurang memberi perhatian terhadap penampilan kita. Walaupun pasangan kita cinta diri kita bukan kerana sifat fizikal luaran kita, kita tidak boleh membiarkan penampilan kita jatuh ke tahap tidak menarik di pandangan mata. Kerana fitrah manusia cenderung kepada kecantikan, kehenseman, dan keindahan. Sedangkan Rasulullah sendiri sangat mementingkan penampilannya dirinya. Baginda sentiasa tampil segak, dan indah dihadapan isteri-isterinya dan umatnya.
Allah sangat mencintai hambaNya yang memperindahkan dirinya dan memperlihatkan nikmat yang dianugerahkanNya kepada mereka. Dia berfirman :
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.” (QS. Al-A’raf: 31-32)
#2 EKSPRESIKAN CINTA
Jadikan ia kebiasaan untuk ekspresikan cinta anda terhadap pasangan. Lakukannya sekerap yang mungkin. Bukan sekadar , “I Love You” sahaja tetapi nyatakan lah kesyukuran anda kepadanya kerana berada di sisinya, menjadi pasangannya. Beritahu dia kenapa anda cinta dan sayang dia sambil memegang tangannya, beri kucupan dan peluknya dengan erat setiap hari kerana ini ini akan mengeratkan kembali hubungan anda.
#3 SETKAN MASA BERSAMA
Kerana kesibukan mengaturkan anak dan kerjaya, kita menjadi jauh dari pasangan kita kerana tiada masa yang berkualiti bersama. Jadi, rancanglah satu masa dimana anda dan pasangan boleh lakukan aktiviti berdua seperti menonton wayang bersama, pergi romantik dinner, atau bercuti di tepi pantai. Berikan sepenuh usaha dan perhatian anda untuk menjayakan rancangan ini.
Saya, Dr.Romantik, kepakaran saya adalah membantu para suami untuk menjadi lebih romantik dan pasangan dah berkahwin memutik semula cinta mereka. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh email saya di dr.romantik88@gmail.com, fb: dr. romantik atau hubungi saya di 017 2910966 untuk sebarang pertanyaan segera.
No comments:
Post a Comment