Dr. Romantik menganggap komunikasi itu sangat penting dalam semua hubungan bukan terhadap perkahwinan sahaja. Faktor utama punca pergaduhan dalam sesebuah perkahwinan adalah kurang berkomunikasi atau communication breakdown.
Masalah menjadi semakin besar bila kita kurang bercakap dan membuat andaian sendiri terhadap pasangan atau sesuatu situasi. Komunikasi boleh didefinisikan sebagai pertukaran informasi dan perhubung antara manusia.
“Seek first to understand; then to be understood”. Kita haruslah memberi dulu sebelum menerima. Berikan perhatian sepenuhnya dan fahami apa yang hendak disampaikan oleh pasangan.
Plato, seorang pakar falsah berkata , Pemahaman itu lebih mendalam daripada pengetahuan.
Anda mungkin mempunyai ramai kawan atau orang yang kenal dan tahu anda tetapi tidak semua yang betul-betul memahami anda. Anda akan rasa selesa dan dekat dengan seseorang itu apabila orang itu memahami apa yang anda katakan, dan anda juga akan dapat rasa apa yang anda katakan itu tidak sampai apabila seseorang itu hanyalah sekadar mendengar dan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Jadi macam mana cara kita berkomunikasi dengan pasangan kita supaya mereka akan rasa lebih dihormati, difahami dan dekat dengan kita?
Pertama sekali, kita perlu perbetulkan niat sebelum berkomunikasi atau berbincang suatu masalah bersama pasangan kita. Niat adalah langkah pertama untuk mewujudkan tujuan satu komunikasi. Kita kadang terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap hasil yang ingin dicapai selepas perbincangan. Kita sentiasa mempunyai agenda yang tersendiri sebelum berkomunikasi.
Komunikasi yang merosakkan biasanya berpunca kerana cara kita dibesarkan dalam keluarga kita berbeza dan kita cuba mengunakan cara itu dalam perkahwinan kita. Contoh, ada sesetengah orang yang dibesarkan dalam budaya di mana kita tidak diberi kebebasan untuk bersuara dan menyebabkan segala idea atau pendapat kita, kita pendam kerana kita rasa ia tidak bernilai di sisi orang.
Senario dua, ialah bila kita dibesarkan dalam keadaan yang terlalu outspoken yang menyebabkan kita bercakap melulu tanpa berfikir. Semua perkataan yang negatif akan keluar dari mulut kita.
Jikalau terlalu banyak negatif yang keluar dari pasangan kita, berhenti berbincang dan set hari yang lain untuk berbincang apabila emosi mereka stabil.
Penggunaan perkataan yang betul juga harus diimplikasikan apabila ingin memulakan perbincangan bersama pasangan. Perkataan seperti, “ saya ada benda nak cakap sikit dengan awak”, atau “kita perlu berbincang” akan memberi impak negatif kepada pasangan kita kerana perkataan ini akan memberi gambaran mereka berada dalam masalah besar dan akan di hukum.
Secara psikologinya, apabila pasangan kita bercakap begitu, kita akan teringat semula kenanagan negative yang kita lalui ketika kita membuat salah dan kita akan menghadapi hukuman atas kesalahan itu.
BAGAIMANA NAK PERBETULKAN NIAT ??
Dr. Romantik nak cadangkan sebelum berkomunikasi, letakkan niat utama kita ialah untuk memahami apa yang hendak disampaikan pencerita. Tunggu pasangan kita habiskan ayat mereka dan jangan sesekali memotong percakapan mereka kerana kita selalu mempunyai sifat yang tidak sabar untuk memberikan pandangan kita sedangkan pihak yang bercerita belum habis bercerita lagi.
Kita juga kena sentiasa bertanya kepada pasangan, bilakah waktu yang sesuai untuk mereka berbincang sesuatu. Kalau perkara itu penting, kita boleh memulakan perbincangan dengan ayat, “Sebenarnya perkara ni susah untuk saya nak cakapkan, tapi saya percaya perkara ni sangat penting untuk hubungan kita…”.
Nyatakan pandangan anda dalam keadaan yang tenang dan jelas. Elakkan elemen yang menyalahkkan sesuatu pihak.
ELAKKAN AYAT YANG BERUNSUR MENYALAHKAN
Contoh apabila si isteri bercerita tentang harinya yang terlampau sibuk sehinggakan dia tidak sempat untuk menghabiskan kerjanya, dan respon yang kamu beri ialah, “Habis tu macam mana, habislah awak, sapa suruh tak siapkan awal-awal”.
Keadaan ni akan mengeruhkan lagi kerana adakala si suami tak perlu memberikan apa-apa respon atau pandangan melainkan bertanya terlebih dahulu kerana fitrah perempuan di mana mereka hanya mahu bercakap dan meluahkan perasaan nya bukan untuk mencari pendapat.
BERTANYA
Pastikan apa masalahnya dulu dengan bertanya. Perkara yang paling penting sebelum berbincang ialah memahami keadaan pasangan kita dan masukkan unsur empati.
DAPATKAN PENGESAHAN
Perhatikan dengan teliti mesej di sebalik perkataan dan penggunaan ayat yang digunakan oleh pasangan kita.
TELITI DAN SESUAIKAN
Buang sepenuhnya ego anda, perbetulkan semula niat yang baik sebelum berkomunikasi, kerana ingat, kita berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah bukan untuk menembak kelemahan sesama sendiri. Komunikasi adalah salah satu cara untuk menghubungkan keintiman antara pasangan. Jadi mula lah dengan penuh kasih sayang, dan InsyaAllah komunikasi anda akan dipenuhi dengan keintiman dan cinta.
No comments:
Post a Comment