Dr Romantik seorang ibu tinggal yang tinggal di ibu kota bersama anaknya dan ibu bapa. Dia seorang yang penyayang. Beliau juga adalah seorang yang lemah lembut dan berkeyakinan tinggi.
Setiap minggu, beliau akan meluangkan kan masa bersama keluarga beliau. Dia sangat mengutamakan keluarga nya terutama ibunya. Kejayaannya hasil daripada berkat ibu dan ayahnya.
Dr Romantik sangat minat dalam bidang psychology dan perniagaan. Dia banyak membuat rujukan buku tentang perwatakan manusia, cara pemikiran mereka, dan pengaruh manusia.
Most of the time, dia akan bermain dengan anaknya, sebab ketika itulah idea nya untuk menulis, merangka strategi datang. Semakin seronok dia bergurau senda bersama anaknya, semakin mencurah curah inspirasi yang datang.
Dr. Romantik sendiri adalah seorang yang romantik, yang suka mengekspresi cintanya terhadap pasangan sebelum ini dan keluarga dengan pelbagai cara. Dia percaya kepada pepatah ‘action speaks louder than words'. Di mana dia akan membuktikan kasih sayangnya melalui perbuatan. Baginya kata-kata positif dan kasih sayang sangat memainkan peranan dalam pembangunan sesebuah keluarga bahagia.
Sebelum ni beliau pernah membuat pelbagai perniagaan bersama rakan dan juga ada yang bersama keluarga. Pelbagai perniagaan dan pekerjaan pernah di ceburinya kebanyakan menjadi pengalaman yang sangat baik dalam kehidupan beliau. Walaupun perniagaan yang dibuat tidak berjaya, mungkin kerana kurangnya ilmu dalam berniaga tapi pengalaman yang dapat dari setiap perjalanan itu sangat berharga. Semua pengalaman ini sedikit sebanyak dapat membentuk siapa diri beliau hari ini.
Beliau ialah seorang wanita yang berhijab dan sangat berpegang teguh dan cinta pada agamanya. Sentiasa memberikan aura positif walau di mana beliau berada dan sentiasa disegani orang di sekelilingnya.
Walaupun beliau seorang ibu tunggal, dan telah hadapi banyak ujian yang sangat mencabar terutama dalam perkahwinan beliau yang lalu, tapi itu tidak menjadi penghalang kepada perjalanan kerjaya beliau pada hari ini. Kerana pengalaman inilah, beliau dapat kekuatan untuk teruskan kehidupan nya dan menolong ramai orang yang bermasalah.
Beliau menjadi rujukan untuk golongan yang sudah berkahwin dalam menyelesaikan masalah mereka terutama para isteri dan menjadi inspirasi kepada ibu tunggal yang muda mahupun yang sudah berumur.Mereka sangat percaya dan letak harapan yang tinggi terhadap Dr.Romantik.
Seperti wanita lain, Dr Romantik sangat suka fesyen dan trend terkini. Dia sangat menjaga keterampilannya, Dari tudungnya ke kasutnya, semua harus ‘matching’. Beliau mempunyai pelbagai koleksi handbag dan kasut.
Kerana statusnya, dia sekarang mempunyai pengaruh yang kuat dari kalangan wanita. Dr. Romantik sentiasa berfikiran terbuka dalam sesuatu masalah, tidak pernah bias dalam membuat sesuatu keputusan atau memberi nasihat. Kebiasaannya dia akan mendengar dari dua pihak tentang suatu masalah sebelum judge the situation menyebabkan dia senang orang nak dekati dia.
No comments:
Post a Comment