Baru-baru ni Dr. Romantik ada terbaca di media sosial tentang satu seminar anjuran Hilal Asyraf tentang seminar terbarunya.Topik yang akan dibincangkan sangat menarik dan seperjuangan dengan visi dan misi Dr.Romantik.
Dr. Romantik sangat mengalakkan semua yang sudah berkahwin ataupun masih bujang hadiri seminar ini untuk memahami lebih mendalam dalam bab percintaan, pernikahan dan persiapan untuk berumah tangga.
Ye lah, kadang-kadang kita ambil remeh terhadap bab ini kerana kita rasa kita tahu segalanya dan ada isu lain yang lebih besar seperti ekonomi, kewangan, politik yang kita nak utamakan.
Tetapi ingat, tanpa memberikan definisi cinta yang betul dalam sesebuah masyarakat, mereka akan jatuh ke lembah maksiat yang merosakkan kerana paparan-paparan negatif yang disiarkan oleh pihak media yang jauh menyimpang terutama sekali remaja.
Banyak topik akan dibincangkan oleh speaker-speaker yang berkaliber iaitu Ustaz Adnin Roslan daripada Tarbiah Sentap, Dr Harlina Siraj seorang Dr Perubatan, Tuan Suzardi Maulan seorang pakar pengurusan wang, Tuan Khairul Anwar seorang peguam, Dr Maszlee Malik pensyarah UIA dan Puan Noor Afidah seorang trainer pendidikan anak-anak. Bukan sembarangan orang.
Statistik di Malaysia menunjukkan :
16,270 remaja bawah umur belum bernikah hamil semenjak 2012-2015!
532,158 anak luar nikah didaftarkan semenjak 2005-2015!
48,077 pasangan muslim bercerai semenjak Januari hingga Julai 2016!
349 kes keganasan rumahtangga dicatatkan semenjak Januari hingga Oktober 2016!
Salah si pelakukah jika mereka tidak pernah dididik akan apa itu cinta yang sebenar?
Salah si pelakukah jika seluruh media massa di negara ini mengajar cinta dengan perspektif yang rosak?
Ada seorang rakan saya, berkahwin ketika baru mendapat kerja. Tetapi dek mentaliti nak kahwin kena 'grand-grand', mak dia suruh berhutang untuk majlis kahwin yang besar. Dah baru kahwin, baru kerja, kena buat loan bank semata-mata nak majlis kahwin 'grand-grand' satu hari.
Bila sudah berumahtangga pun banyak cabarannya. Saya sudah ada beberapa rakan sebaya atau lebih muda, yang baru kahwin setahun dua, bercerai kerana masalah ketidaksefahaman antara pasangan, kegagalan menguasai ilmu komunikasi dan masalah dengan keluarga mertua.
Rakan-rakan, anda mahukah itu semua untuk diri anda atau keturunan anda?
Info program adalah seperti berikut :
Tarikh program: 11hb Februari 2017
Tempat: UIA Gombak atau IAIS Kuala Lumpur
Masa: 8.00am-07.00pm
Yuran: RM50 seorang.
ISTIMEWA! Daftar sebelum 20hb Disember 2016, yuran - RM45 sahaja seorang.
Pendaftaran di: http://langitilahi.com/events/hks2017/ .
Siapakah Hilal Asyraf?
Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak, atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, sudah menghasilkan 15 karya pelbagai genre. Buku beliau merangkumi karya motivasi, novel, kumpulan cerpen, dan kumpulan puisi.
Tidak sekadar aktif menulis, beliau juga aktif dalam memberikan penyampaian berbentuk ceramah dan tazkirah. Beliau juga aktif dalam mengendalikan kem motivasi, bengkel penulisan, dan begkel pengurusan blog.
Beliau adalah pengasas laman sesawang popular, LangitIlahi.com, bertemakan Mari Menjadi Hamba. Beliau turut dikenali dan diikuti oleh ramai pembaca di Facebook dengan subscribers mencapai puluhan ribu orang.
No comments:
Post a Comment