Friday, 4 November 2016

KES PENCERAIAN YANG TAK MASUK AKAL

Dr. Romatik ade terbaca satu article kat surat khabar. Terkejut bila tengok. Sedih pon ada.


Artikel tu pasal kes penceraian yang didaftarkan kat Malaysia, orang Islam pulak tu. Terlalu banyak lah yang mendaftar.


Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia juga menunjukkan 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu yang secara purata terdapat 156 pasangan Islam bercerai setiap hari.- themalaymail


Paling terkejut bila punca penceraian itu memang tak masuk akal. Contoh macam kat artikel bawah ni:


           KES REMEH HINGGA CERAI 


1.   Punggung isteri menggerutu

2.   Suami tidak pandai melakukan hubungan seks

3.  Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan  aksesori.

4. Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami  menghabiskan masa di surau

5.   Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.

6.   Isteri suka membasuh baju pada waktu malam

7.   Isteri menceritakan pengalaman hubungan seks dengan pasangan  terdahulu

8.   Suami mencurigai setiap tindakan isteri

9.    Berbeza fahaman politik

10.    Suami tidak suka isteri makan dalam kereta

11.    Gaji suami lebih rendah

12.        Isteri lambat menyediakan makanan

13.        Pasanagan bangun tidur lewat

14.        Suami kerja tidak tentu masa

15.        Anak tidak sihat

16.        Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih

17.        Pasangan terlalu cerewet

18.        Pasangan tidur berdengkur

19.        Pasangan gemar membeli belah

20.        Pasangan tangkai jering

21.        Pasangan lupa pam tandas

22.        Tidak suka cara pasangan jemur dan basuh pakaian

23.        Merebut rancangan televisyen



-sumber dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor & Penyelidikan Kosmo.

No comments:

Post a Comment