Friday, 18 November 2016

DIA KE JODOHKU?

Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendirisupaya kamu cenderung dan merasa tentram bersamanyadan dijadikanNya diantara kamu rasa kasih sayangSesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasananNyabagi kaum yang berfikir”. (QS. Ar-Ruum:30).

Soal jodoh ini adalah rahsia Allah SWT. Ia adalah sebahagian daripada takdir. Meaning sejak azali lagi Allah dah tetapkan untuk manusia dalam luh mahfuz. Allah sudah pun menetapkan jodoh kita siapa dan bila kita akan ketemunya. 
Allah will give the right timing. 

Cuma jodoh ni pada pandangan Dr. Romantik , ia adalah seperti rezeki. Kita kene berusaha mencari rezeki itu untuk mendapatnya. Usaha tu bukan la dok pi sampai ke China semata-mata untuk mencari jodoh. Usaha tu ialah dari segi persiapan diri kita.
 We have to enter a marriage by being FULL and ready to GIVE. 
Bukan dengan mengharap apa future pasangan kite boleh beri kepada kita. Kita hanya berharap dari ALLAH. 

Kita siap sediakan diri kita dengan iman and cinta kepada Allah nescaya Allah akan direct kan kite kepada future pasangan kita secara automatik. Sebab hati2 manusia adalah milik Allah, Allah saja yang boleh mengerakkan nya. 


Ada 5 Ciri- Ciri Jodoh Menurut Islam
(sumber dari blognya keluarga sakinah)


1.     Kebaikannya dan imannya tak banyak beza dari kamu

Seperti dalam Al Quran dah sebut, lelaki baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya. Allah pun xkan ubah nasib seseorang melainkan die ubah dirinya sendiri. So kalau kita nak dapat jodoh yang solat, mengaji, soleh, kite first kene ubah diri kita dulu.

2.         Watak dan peribadinya mirip dengan kamu

Dalam satu kajian kecil-kecilan dijalankan menunjukkan pasangan yang duduk bersama betahun-tahun menyedari bahawa perangai mereka ade mirip satu sama lain. Mereka mencerminkan diri pasangan mereka dari segi watak mereka.

Mereka berasa mereka menjadi diri mereka sendiri apabila bersama dan boleh                    memahami satu sama lain, mudah mencari penyelesaian jika ada masalah diantara            keduanya. Mereka yang berjodoh  merasa tidak asing lagi dengan pasangannya,               walaupun mereka baru sahaja kenalan yang tidak lama, selanjutnya memutuskan untuk berkahwin.

3.          Ada kemiripan wajah

Kebanyakan pasangan yang dikatakan jodoh sometimes mempunyai kemiripan wajah but not all. Seperti mempunyai set mata yang seakan-akan, mulut atau hidung. Dan tak semestinya kalau tak mirip tu bukan jodoh.

4.        Jika melihat wajahnya, mata seakan tertunduk malu

Ini kerana kemungkinan ada tarikan batin antara keduanya, mereka seakan akan rasa dekat, walau pun baru pertama kali bertemu. It's like you've met her before but you don't know where. Jiwa mereka mengenali satu sama lain.

5.    Setiap tutur dan akhlaknya terdapat magma motivasi       tersendiri


        Yang membuat kedua dua mendekatkan diri kepada Allah. Bila kamu berada bersama dia, kamu akan ingin menjadi lebih baik. Segala kerisauan dan kesedihan kamu menjadi  kebahagiaan apabila bersama dia. 

No comments:

Post a Comment