Scenario
Si gadis : “Awak..awak
cinta saya ke…? Kalau betul cinta, awak kawin la dengan saya. Buktikan cinta
awak tu. Saya kalau boleh nak elakkan maksiat. “
SI jantan: “
Eh, haruslah cinta tapi saya tak da duit lagi awk, lepas kita habis study
boleh? Awak bersabarlah sikit.
Si gadis :
“Okay lah cm tu, saya sanggup tunggu awak sampai akhir tahun ni je. Kalau tak
de, saya tinggalkan awak cari orang lain.
*bell berbunyi, waktu rehat habis dan
mereka pun masuk ke kelas masing-masing untuk sambung pelajaran Matematik dan
BM sebab minggu depan nak PT3.*
.
.
Nak kawin
awal tu boleh tapi agak-agak la kalau SPM pon belum amik lagi. Baju sekolah pon
tah-tah mak yang gosokkan lagi ni dah mimpi nak gosokkan baju orang lain. Duit
sekolah xpayah cakap la, confirm sponsorship from FAMA (father’s account &
mother’s account).
.
.
Tak salah
kawin muda itu. Malahkan perkahwinan itu sendiri kan sunnah Rasulullah yang
dituntut. Dr. Romantik bukan nak kecam perkahwinan muda sebab Dr. Romantik sendiri
berkahwin muda. Dr.Romantik berkahwin pada umur 23 tahun. Muda tak mudalah.
.
.
Setengah
pihak kategorikan itu muda, ntah la umur berapa yang agak-agak nya tua and
berkelayakan kahwin tu bagi diorang. Tapi time tu Dr. Romantik antara orang
yang terawal berkahwin nak bandingkan dengan kengkawan lain. Rasa bangga juga
lah time tu.
.
.
Sekarang Dr.
Romantik dah 28 tahun dan ibu tunggal kepada seorang anak lelaki. Perkahwinan
saya last about 4 years saja. But sepanjang perjalanan perkahwinan itu saya
sangat berterima kasih kepada Allah sebab bagi peluang untuk rasa perkahwinan
itu and hasil daripada semua ujian perkahwinan itu ialah Dr. Romantik menjadi
lebih positive, wiser dan menjadi seorang wanita yang tabah. Minda saya lebih
terbuka dan sekarang whatever challenges yang datang adalah lebih mudah untuk
Dr. Romantik tangani.
.
.
Banyak benda
yang Dr. Romantik pelajari along the road. Dr. Romantik sekarang lebih menghargai
orang especially my parents and ingin membalas jasa diorang yang telah
membesarkan kita dengan penat lelah. Walaupun kadang-kadang parents kita tak
tunjuk cinta itu tapi dalam hati mereka, kita adalah the reason of their
living. Allah dah pesan banyak kali dalam Al-quran untuk kita patuhi our
parents no matter what sebab keredhaan Allah terletak kepada keredhaan parents
kita.
.
.
Dulu, masa
saya baru nak kahwin, saya tak pernah pon bincang betul-betul dengan parents
saya whether they like him or not, bole terima dia ke and so on. I just do what
I want without mengendahkan perasaan orang tua saya. So, dalam diam sebenarnya
mereka tak berapa nak berkenan dengan bakal suami tapi sebab cinta seorang ibu
dan ayah kepada their only daughter, they agreed for our marriage tanpa ada
sebarangan bantahan. They did their best for our wedding arrangement walaupun
diorang tak de lah banyak sangat duit time tuh. Sepatutnya perikatan pertunangan kami ialah setahun tapi sebab tak menyabar saya decided nak ikat 5 bulan je
then terus nikah sekali lagi tanpa memikirkan perasaan orang tua. Ye la konon
madly in love sangat dengan bakal suami and nak elakkan maksiat.
.
.
Tapi sekali
lagi ibu bapa saya walaupun mereka tak setuju, mereka tak pernah nak bantah ke
mogok ke ape. Cuma sekadar cakap elok-elok saja. Walaupun hati mereka terguris
kerana kedegilaan anak perempuan mereka, mereka terus memberikan yang tebaik dalam
persiapan perkahwinan saya.
.
.
Deep inside
their heart, mereka sebenarnya takut anaknya tidak ready lagi untuk melangkah
kealam perkahwinan yang penuh dengan cabaran dan tanggungjawab. Mereka risau
adakah bakal suami dia boleh jaga dan berikan yang terbaik kat anak perempuan
mereka macam mana mereka jaga and beri selama ini. Mereka dah lama hidup
berkahwin ni jadi mereka tau la perkahwinan itu bukan sekadar I love u, u love
me sahaja. It’s more than that, it’s about sacrifice, tanggungjawab, trust,
planning, komunikasi, understanding each other, and paling penting how you
solve a problem together. It’s a BIG RESPONSIBILITY ! Ini bukan macam dalam
movie / telemovie / slot akasia yang bila kahwin je settle problem, HAPPY
ENDING. NO, itu persepsi yang salah yang ramai orang hadapi.
.
.
Perkahwinan
ialah suatu permulaan. Tiada siapa boleh jamin perkahwinan itu akan
membahagiakan seseorang. Bahagia adalah milik Allah. Allah akan berikan
kebahagiaan itu kalau Allah redha dengan kita. So redha Allah terletak kat ibu
bapa. Jadi kalau korang nak kawin semata mata untuk mencari kebahagiaan. Korang
hanya menabur impian yang palsu. Result daripada tidak mendapat keredhaan ibu
bapa, perkahwinan saya bermasalah since the first day of our marriage. Tapi
saya tak pernah menceritakan masalah saya kepada sesiapa, so I carry the burden
by my ownself. Saya terpaksa berlakon depan ibu bapa saya untuk nak sembunyikan
masalah saya dan suami sebab malu dengan mereka. Tu la degil sangat nak ikut
cakap kita je kan, kan dah kene ! Saya jugak tak nak parents saya risau tapi
hakikatnya our marriage semakin teruk. Semua perkataan buruk dan caci maki
keluar lah. Rasa hormat dah hilang apatah lagi rasa sayang. So kami
berkeputusan untuk bercerai.
.
Boleh nak
berkahwin muda, tak ada masalah, malah bende tu sangat digalakkan. Tapi ada beberapa
benda korang kena tau and buat persediaan macam :
.
.
1. DAPATKAN RESTU MAK BAPAK!
- Tak
kisahlah kalau korang 15 tahun ke ape ke, first dapatkan restu ibu bapa sebab
once diorang tak REDHA dengan perkahwinan korang, jangan harap korang boleh
hidup bahagia berumah tangga. Macam-macam masalah akan timbul and lead to
penceraian.
-
2. MENTAL & FIZIKAL
- Cabaran
rumahtangga ni bukan sikit-sikit. Ni bukan macam time bercinta, asal gaduh je
off hp seminggu pastu pegi hilangkan stress dengan benda tah apa-apa. NO! walau
gaduh macam manapun you have to come back home and settle it.
3. KEWANGAN
- Apa
perancangan kewangan korang sebagai suami isteri? Memang lah orang cakap lepas
kawin rezeki melimpah tapi macam mana korang nak control expenses semua sebagai
pasangan? Boleh bertolak ansur tak untuk bayar bill air, kerete, rumah and etc.
4. TANGGUNGJAWAB
- Apa
hak-hak suami? Isteri pulak ape hak-hak dia?
Kena ambil tahu tu semua
supaya kite tak menzalimi sesama sendiri tanpa tak sedar.
Ini semua
hanyalah pendapat Dr. Romantik. Saya hanyalah memberi pendapat dan nasihat
melalui pengalaman yang saya ada. Saya tak nak korang kat luar sana face ape
yang saya face before. Dr. Romantik sangat berharap korang dapat mengambil kes
saya ni sebagai ikhtibar.
.
No comments:
Post a Comment