Budaya romantik di kalangan masyarakat melayu kini sudah menjadi asing. Kite lupe bahawa menjadi romantik itu adalah salah satu sunnah Rasulullah.
Pakar psikologi pernah mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa? Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia? Sebenarnya, maksud pendapat tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut-KOSMO
Rasulullah SAW adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya tetapi wujudnya baginda adalah supaya kita dapat ikuti cara2 kehidupan baginda. Allah membimbing baginda dengan didikan-nya yang terbaik. Dalam surah Al-qalam ayat 4 bermaksud : “dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”.
Detailsnya Allah sehingga dia memberi manual kepada kite tentang bagaimana untuk mencapai kejayaan rumahtangga melalui kisah2 Rasulullah. Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya.
Kesilapan suami masakini ialah mereka menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Antara 7 tips yang simple dan boleh dilakukan segera oleh para suami ialah:
1. Mengucup isteri sebelum keluar rumah
2. Menyuapkan makanan
3. Memanggil dengan panggilan manja
4. Buka pintu kereta untuk si isteri
5. Mandi bersama
6. Bawa isteri makan angin
7. Bergurau senda
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." - Hadis riwayat al-tirmizi.
No comments:
Post a Comment