Dulu masa baru kahwin, hari-hari pergi balik kerja sama-sama, jalan pun pegang tangan. Kalau hari minggu je keluar dating pergi dinner la, short trip walau pun Port Dickson sahaja. Setiap kali anniversary ada je kejutan yang special dari si suami. Si isteri pula, setiap hari bagun pagi, sediakan baju si suami, sediakan breakfast, balik kerja, masak lagi makanan kegemaran si suami.
Lepas makan, duduk kat sofa tengok movie bersama sambil berpelukan. Sekarang anak 5, baju suami hari-hari hantar dobi, sebab bini tak sempat gosok dan basuh. Hari minggu hari nak kemas rumah, sebab hari-hari biasa tak sempat nak kemas sebab bini sibuk uruskan anak, nak pergi kerja lagi dan suami sibuk 24 jam dengan HP.
Rumah dah macam zoo kerana keadaan huru hara dengan anak yang berebut mainan, berebut nak tengok TV dan yang sibuk berebut tempat tidur pun ada. Lepas tu, setiap kali suami balik, tinggal makanan lebihan je yang ada, meja makan separuh penuh dengan kerja rumah anak.
Rumah dah tak macam rumah, pastu tengok muka bini, macam singa yang tunggu masa nak pelahap mangsanya, bila tanya sepatah, jawab sepatah, lepas tu masuk bilik, tutup pintu kuat-kuat macam nak roboh, si suami pon terus ambil remote TV bukak berita yang dah nak habis, dan terdetik dalam sudut kecil hatinya, “bini aku dah tak sayang aku lagi ke, macam mana kami boleh sampai ke tahap ni?”
Adakah anda mengalami senario yang sama seperti di atas atau seakan akan sama macam ini? Anda bukan keseorangan. Dr. Romantik telah mendengar banyak luahan hati si isteri atau si suami yang ada masalah macam ini. Mereka sering melompat ke kesimpulan, yang mereka rasa cinta mereka terhadap pasangan sudah hilang.
Secara realiti, cinta anda terhadap pasangan anda bukan hilang tetapi satu pasangan itu sedang mengalami peningkatan usia dan fasa hidup yang berbeza dan mereka mula membawa diri secara sendiri. Ini berlaku kerana mereka melepaskan peluang yang ada untuk berkomunikasi.
Sekali kita elakkan peluang untuk berkomunikasi masih tidak memberi apa-apa efek, tetapi sekali kala itu akan menjadi kebiasaan apabila terlalu banyak kali kita elakkan peluang itu. Kemudian, hati kita akan rasa jauh dari pasangan kita walaupun dia dekat secara fizikalnya dan kita mula merasa sunyi, suram, marah dan terbiar.
Kita tersekat dalam mindset yang negatif ini yang menyebabkan kita putus asa dan terus tidak nampak jalan untuk membaiki hubungan ini.
Tapi, jangan risau, kerana setiap masalah ada penyelesaiannya. Kunci utama untuk mengembalikan semua cinta dan keintiman bersama ialah pengorbanan dan usaha dari kedua-dua pihak untuk bekerjasama mengambil tindakan yang serius dan bukan mengabaikan atau membiarkan segala tanda kecil yang mendorong kepada masalah ini.
Dr. Romantik selalu memberikan 4 cadangan ini kepada pasangan yang mengalami masalah ini.
1. TANYA SOALAN UNTUK MENCARI INFO BUKAN KONFIRMASI
Langkah pertama ialah letakkan keikhlasan apabila bertanya sesuatu kepada pasangan kita tentang diri mereka. Tunjukkan yang kita berminat untuk mendengar cerita mereka. Tanya soalan kepada mereka tentang apa yang mereka lalui sepanjang hari dan sama ada mereka sudah makan atau belum.
Soalan yang kelihatan remeh tetapi sebenarnya ini adalah kunci untuk mengekalkan hubungan erat suami isteri. Kebanyakan pasangan yang dah lama berkahwin sudah tidak langsung bertanyakan soalan seperti ini kerana mereka anggap mereka sudah tahu dan tak perlu lagi untuk bertanya. Ini adalah salah satu faktor yang boleh membawa kepada kekangan jarak hubungan suami isteri.
Dr. Romantik nak sarankan, setiap pasangan luangkan sedikit masa setiap hari ketika di pejabat, untuk hantar SMS/email atau whatsapp kepada pasangan untuk bertanya soalan ini kepada mereka dan tanamkan dalam diri yang anda benar-benar nak tahu bukan sekadar nak mengesahkan sahaja.
Dr. Romantik ingin mengingatkan kepada para isteri dengan sepotong hadis yang sahih berkenaan pentingnya untuk bersyukur terhadap pemberian suami.
Sabda Rasulullah saw :
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
2. BERANIKAN DIRI DAN BERSIFAT MENERIMA
Kadang-kadang disebabkan kita terlalu takut untuk bercakap atau berbincang dengan pasangan tentang satu masalah, kita decide untuk tidak bercakap dan pasrah akan sesuatu perkara. Kita takut bila kita berbincang nanti bagaimana kalau pasangan kita tidak boleh terima pendapat kita? bagaimana kalau dia nak berpisah? atau mengamuk?, jadi kita tidak mengambil tindakan apa-apa.
Cara ini adalah salah kerana ia akan membawa mudarat yang lebih di masa akan datang kerana masalah itu menjadi semakin besar dan kita tak tahu macam mana nak menyelesaikan disebabkan terlalu complicated.
Macam mana teruk pun isu itu, untuk mengekalkan ke-eratan hubungan suami isteri, kita harus berkomunikasi. Jadi bagaimanakah cara yang paling baik untuk memulakan komunikasi yang efektif yang melibatkan isu kritikal tanpa pengkritikan atau menyalahkkan sesuatu pihak?
Teknik yang boleh guna pakai ialah teknik Soften Startup yang diolah oleh Dr. John Gottman, pengasas kepada Gottman Method Couples Therapy.
Beliau bercadang mengunakan ayat seperti, “kebelakangan ini saya sangat risau”, atau saya sangat merindui kami dan terasa sunyi kebelakangan ini” untuk permulaan. Kemudian anda harus explain keadaan itu, kenapa anda merasakan begitu dan apa puncanya, tetapi INGAT, elakkan unsur yang menyalahkan pasangan anda.
Contoh, untuk senario di atas, anda boleh gunakan ayat seperti, “ Semalam semasa saya balik ke rumah, saya sebenarnya pulang dalam keadaan yang sangat letih, dan stress tentang kerja di pejabat dan bila saya nak tengok keadaan yang bersepah dan huru hara anak kita, saya menjadi lebih pening”. Habiskan ayat anda dengan memasukkan apa yang anda mahukan daripada keadaan itu, “ apa yang saya mahukan ialah masa untuk berehat bersama kamu dan kasih sayang kamu.”
Elakkan menyenaraikan tindakan spesifik yang anda perlukan dari pasangan seperti kemaskan dapur, siapkan anak-anak untuk tidur, kemaskan ruang tamu dan sebagainya kerana yang paling penting ialah apa yang kamu mahukan dari dia seperti kasih sayangnya.
3. EKSPRESIKAN PENGHARGAAN ANDA TERHADAP PASANGAN
Sebagai fitrah manusia, apabila kita sentiasa dipenuhi dengan hadiah atau kasih sayang daripada pasangan kita setiap hari atau setiap minggu, kita akan terasa murah hati dan lebih senang untuk kita membalas kebaikan itu.
Dan secara kontranya, kita akan berasa lebih kedekut dan sangat berkira untuk memberikan sesesuatu hadiah atau kasih sayang jika kita rasa tidak dihargai oleh pasangan kita.
Kalau sekiranya hubungan anda berada dalam zon yang berbahaya dimana masing-masing sudah tidak menghargai sesama sendiri, anda boleh cuba tips ni: Tutup mata dan bayangkan saat bahagia anda bersama pasangan sebelum ini, cuba teliti dan ingat kembali perkara sweet yang pasangan anda pernah lakukan, masa yang dia korbankan untuk bersama dengan anda yang membuat anda tersenyum dan gembira, dan tanya diri anda sudahkah anda ekspresikan kesyukuran dan kegembiraan anda kepada pasangan anda itu? Kalau belum, ini lah masanya untuk ekspresikan penghargaan anda kepadanya.
4. LUANGKAN MASA KUALITI BERSAMA
Secara logiknya, nampak seperti kita telah meluangkan masa yang banyak bersama pasangan kita kerana setiap hari kita akan bersama mereka tetapi bilakah waktu yang berkualiti yang anda luangkan bersama? Kebanyakan pasangan mengalami masalah untuk mencari waktu kualiti bersama kerana terlalu banyak komitmen yang lain yang menjadi keutamaan.
Langkah bijak untuk atasi masalah ini ialah, catat dan rekodkan jumlah masa yang berkualiti mereka luangkan bersama, berdua setiap minggu. Mula dengan sikit kecil dulu iaitu saat, kemudian minit dan seterusnya jam. Bila anda capai ke tahap beberapa jam, perhubungan anda semakin bertambah baik.
Dr. Gottman mencadangkan setiap pasangan meluangkan “5 Magical Hours”
bersama setiap minggu. Pada mulanya, ia akan nampak seperti banyak tapi
inilah formula yang terhebat untuk mengekalkan rumahtangga yang erat dan
bahagia.