Kepakaran saya bantu pasangan2 diluar sana yang nak romantic tapi tak tahu macam mana nak start , nak bermanja dengan pasangan tapi pasangan tak bagi sokongan malah gelakkan dan tidak dilayan ketika mahu bermesra dengan pasangan sebab tak biasa dengan mendedahkan cara cara bagaimana nak romantic, nak bermesra dan nak bermanja dengan pasangan membuatkan korg taknak berenggang dan sentiasa dilamun cinta.
Jadi Korang yang mana mengalami masalah kat atas ni , stay baca apa benda yang saya nak share kan! Atau share kepada orang yang korang kenal mengalami masalah yang sama. Mesti ramai bukan yang kene macam tu . Atau citer pengalaman korg kat saya , ye .
Tips Start "Beromentik Dengan Pasangan"
1. Tulis notak kecik letak dalam wallet pasangan.
Nak tulis apa tu takan nak kene ajar jugekk ? hahah . yang penting ayat mula mula biasa je jangan over ! terkejut pasangan nanti . communication tanpa cakap ni lain sikit effect dia, haaa sebab apa ? sebab dia bermain dengan fikiran dia sendiri. tapi biar je jangan cakap apa apa. DAN BUAT SETIAP HARI ! setiap hari sampai tahap 1 hari dia pelik kalau takde . dah seminggu dua buat tu nak guna ayat chicky2 gedik2 silakan . dia akan layan.
alaaa nak contoh ke ? emm tulis yang dia nampak cantik/handsome ke, sayang i love you ke, youre my one and only, atau korg google ayat ayat standard bercinta . kat situ dapat jawapan.
2. Peluk Dari belakang !
Wehhh ni alaaa alaaa citer korea sikit, hehe korg kalau rasa citer korea tu membosan kan , kenapa para wanita gilakan cerita cerita korea ? and apa persamaan citer korea dengan citer hindustan ? sebab sebelum citer korea ni famous dikalangan hadik hadik nak up, hindustan yang jadi trend, kalau tak asal orang cakap "ni banyak tgk hindustan la ni" hahaha skrg orang dah tukar jadi "ni banyak tgk citer korea la ni" sebab diorg sweet sweet dengan pasangan diorg . kadang lelaki pun bleh tesenyum kalau tgk. so konsep dia sama, opss balik pada point asal, peluk dari belakang salah satu cara express rasa sukakan seseorg, kalau terjerumus ke arah sexual tu pandai pandai la handle korg ! hahaha. tapi lelaki ke perempuan ke akan suka tindakan ni!
Soalan : Bila masa yang sesuai nak buat ? kalau tak kene cara kang kene tolak pulak!
haa yes betul , jangan korang buat selalu , nanti pasangan korg rimas . buat bila diorg tengah berdiri membelakangkan korg, time lepas mandi ! time tengah basuh pinggan, time tengah jalan nak keluar pergi kerja atau keluar kemana mana je. tu kita panggil bahasa tubuh seperti susah nak lepas kan sesesorg.
3. Baring kat Peha
Memandang kan sekarang hujung tahun banyak cuti yang terlebih and korg bercuti dirumah. taktau nak buat apa ! set time "Movie Date" di rumah pastu jangan la tegak kaku macam duduk kat dalam panggung wayang, baring kat peha adalah menunjukkan itu masa utk bermanja, kalau taknak peha , boleh pilih bahu. tapi make sure korg tak tertidur . sebab bosan la tertidur . hehehe . itu moment yang kene share sama sama, ni korg tidur dia je yang berjaga.
Soalan : camne nak buat kalau dah bertahun tak manja2 ? awkward laaaarrrr *buat muka* . . .
hahaha korang jangan la terus melulu baring kat peha , mau kene tolak jatuh tergolek. kene ada stepp , nak makan pun kene ada bismilah kan. jadi korg duduk la sebelah dulu rapat2, then letak kepala di bahu , bila dah rasa selesa ubah posisi lain ,letak kepala kat pehaa sambil tengok movieeeeee.
4. Cakap apa yang korang nak - berterus terang
berterus terang atas perkara yang korg nak, kalau korg nak mesra macam dulu, sebab hubungan mcm hambar je . bagi tahu. cari solution sama sama, susah juga kalau korg nak "beromentik" tapi pasangan korang tak sedar and tak sokong kan, walaupun mula mula pasangan macam pelik tapi diorg tahu yang korg nak apa . gituu.
jawapan dia korang kene bagitau , buat apa biar gap tu "hidup" dalam hidup korg. malu tu wujud sebab ada gap. bagi je tau dengan cara yang korang selesa. dengan cara korg sendiri. kalau dah bagi tau tapi takde effect tak apa . atleast diorg tahu apa yang u guys nak .
5. No SECRET !
Rahsia boleh cipta jurang. gap. bila korang nak hubungan korang betambah baik , korg kene la buang segala rahsia antara korg. kalau tak bila rahsia dah kantoi , pasangan korg rasa mcm korang ni tak percaya dekat dia. atau diorg dapat tahu dari orang lain. parah. jadi nak elak benda tak baik, confront diorg, admit , say sorry jika salah.
6. Pegang Tangan Time Jalan
cuba tanya pasangan bila last pegang tangan time jalan2 ? ............ (setahun kemudian) masih belum dapat jawapan. sebab dah lama sangat and dah tak ingat bila last .
esok ajak pasangan anda keluar, walaupun jalan banyak jem tapi rempuh jugak. sebab nak cetak balik kenangan manis dengan pasangan. and then time dah dalam shopping mall , kalau ada anak, cuba manimize kan barang2 di tangan. kalau anak sorg, guna kan stroller , janji time tu , tak receh nak pegang anak lagi , nak pegang bag susu lagi , handbag lagi, bila masa nya nak pegang tangan pasangan korg. so cari jalan utk dapatkan peluang tu .
7. Priority Pasangan
Keutamaan ! utamakan pasangan korg. apa pun korg buat, make sure list pertama yang korg pikir adalah pasangan korg ! sebagai contoh time tengah buat keputusan, tanya pendapat pasangan. time nak buat perancangan , tanya pasangan. time tengah buat kerja, pasangan call/msg/panggil, berhenti and bagi perhatian. ini kira dah tahap power kalau korg boleh focus benda ni. mesti pasangan korg akan nampak effort tu . dah berjaya buat jangan lupa consisten.