Tuesday, 17 July 2018

BAGAIMANA CARA UNTUK MELEMBUTKAN HATI SUAMI YANG BENGIS ?

Kisah yang diambil dari page facebook "KISAH RUMAH TANGGA" yang mempunya pengikut seramai 1,274,645 orang ! 


Disini saya tekan kan dimana saya hanya ingin berkongsi cerita yang saya berminat dan sedikit pendapat peribadi saya. Harap dapat membantu para wanita yang mengalami masalah yang sama seperti wanita berikut.






"Salam admin..mohon hide profile sy..

Sy seorang suri rumah..dah berkahwin dengan seorang anggota badan beruniform hampir 5 tahun dan mempunyai dua org anak berumur 4 & 2 tahun..
Masalah bermula apabila kami pindah masuk ke berek..suami selalu buruk sangka terhadap saya..bila saya lambat angkat call,video call dan reply whatsapp lambat dituduhnya saya bukan2..bila dia marah dia maki2 saya..dia tuduh saya ada scandal dengan jiran di berek tempat saya tinggal.dia juga ada beritahu saya yang org di tempat kerja dia bergosip tentang saya padahal saya tak pernah bawa masuk lelaki dalam rumah.

Dulu suami saya memang playboy(harap sekarang dia betol2 dah berubah)..banyak kali kantoi msg yang bukan2..sy yakin dia pon kerap kali keluar dengan perempuan2 cuma sy tiada bukti kukuh..bila ditanya,kita pulak yang dimarahnya..saya rasa dia seperti takut akan kifarah..dia bimbang jika apa yang dia pernah buat pada saya,saya akan buat balik pada dia..bila bergaduh,dia selalu sebut cerai padahal saya tak pernah terfikir ke arah tu.
Saya tau saya tak cantik..badan pon tak lawa..saya tak mampu nak grooming diri saya sendiri..gaji dia pon kecik..

saya pernah gugur..dia mengamuk dan cakap saya saja gugurkan anak tu sebab risau nanti anak yang akan keluar tu muka lain(maksudnya anak saya dengan orang lain)
Apa perlu saya buat untuk hadap suami yang kuat buruk sangka ni? saya tak tahan dia tuduh saya macam2..bila marah,anak2 pon kena sekali..bila dia marah,perkataan yang keluar dari mulut dia semua buruk2..

Kalau ada ayat2 yang boleh lembutkan hati dia,mohon kongsi agar saya boleh amalkan..
Terima kasih admin dan followers KRT.."



Pertama sekali, saya seorang yang pakar didalam pembentukkan rumah tangga yang harmoni ingin menzahirkan rasa kesal terhadap sikap yang ada pada si suami dan masih ada lagi rumah tangga seperti ini . Disebabkan itu, saya perlu bertindak dengan langkah menyuarakan pendapat dan ingin mendidik masyakarat yang hidup kini untuk sama sama berubah kearah kebaikan dan menghargai pasangan dengan cemerlang !

Bagi pendapat saya , kedua dua pihak perlu memainkan perasan dan usaha yang gigih bagi mengubah "situasi" diatas . Hal ini kerana , rumah tangga itu terhasil dari 2 individu yang bersetuju untuk menjalani kehidupan bersama. 

Hal rumah tangga bukan mudah tetapi jika kene caranya , pasti tidak terasa susah dan akan membuahkan result . 

Isteri perlu mengambil langkah dengan menjaga diri dan perlu mengambil berat tentang menggayakan diri dihadapan suami. Bercantik cantiklah kamu dihadapan suami agar suami merasa sayang dan akan terus fokus pada kamu sahaja. Bergaya bukan bermaksud berpakaian mewah tetapi harus kemas dan sedap mata memandang. Kalau diulang pakaian tidur setiap masa, jemu dan bosan akan hadir diantara kamu dan suami ! 

Selain itu, kamu isteri haruslah bertutur lembut dan tidak membantah atau bersuara ketika suami sedang marah atau menegur. Walaupun ketika itu, tiada salah antara kamu dan dia. Berikan masa dia meluahkan kata walaupun ia sakit untuk didengari. Memahami pasangan bukan mudah tetapi jika dapan mengawal sabar dan sedikit pahaman, insya Allah suami kamu akan berlembut hati sendiri. Dia akan sedar bahawa apa yang dia katakan itu tidak benar dan hanya datang dari bisikan bisikan halus syaitan. 

Seterusnya kamu isteri, manjakanlah suami mu seperti raja dan berikan dia sepenuh perhatianmu seperti hanya dia di hati mu. Walaupun kamu sedang melakukan sesuatu kerja, utama kan panggilan dia serta permintaan dia. jika tidak melampaui batasan. Bukan setakat memenuhi permintaan dalam kelambu tetapi juga seperti masa . Sebagai contoh dia memerlukan seseorang untuk mendengar masalah serta penat lelah nya di tempat kerja. Masa yang diminta itu hanya kamu yang mampu berikan dan jangan pernah beri ruang untuk orang lain memberikan "masa" yang suami kamu perlukan . 

Kemudian, ISTERI ! Kamu perlu memiliki ilmu serta pengatahuan tentang bagaimana menyerikan rumah tangga. Jika hanya menjalankan tanggungjawab tanpa mengejar cinta suami mu, ia juga pasti akan memberi kehambarkan kepada suami. Lelaki suka jika isterinya bermain cinta dengan dia malah lebih suka jika isterinya kerap menggodanya dengan kata kata manja serta suara yang manja. Belajar atau banyakkan google cara untuk menggoda suami. Itu suami kamu, berani kan diri untuk mencuba. 

Dengarlah para isteri, kamu masih ada peluang. sementara kata kata kamu tidak didengari oleh suami kamu tetapi TINDAKAN KAMU DAPAT MENCELIKKAN MATA SUAMI MU! Dan action speak more louder than words !!!


Doa saya untuk kalian , semoga kalian yang menghadapi masalah ini dapat terus berusaha , kuat , sabar dan tidak akan putus asa demi masa depan anak dan suami . Insya Allah kalian juga perlu berdoa dan yakinlah bahawa doa kalian didengari oleh Allah swt .


Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin berkongsi kisah, sila tinggalkan comment anda di bawah . Saya akan cuba baca dan membalas comment anda. 

No comments:

Post a Comment