Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan pribadi. Dalam konteks filosofi cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang. Pendapat lainnya, cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mahu melakukan apa pun yang diinginkan objek tersebut.
Cinta juga berarti menyukai atau suka terhadap suatu objek baik itu objek nyata, mau pun tidak nyata.
Kisah Nad (bukan nama sebenar) ;
Sudah berapa tahun berlalu, Dia masih sama. Masih lagi obses pada orang yang sama. Jika diukur dari tahap kesetiaan, ya dia memang sangat setia. Setia obses pada gadis yang sama. TETAPI sayangnya, obses bukanla cinta! Untuk pengetahuan kamu, obses tidak boleh disamakan lansung dengan cinta. Dari pandangan mata kasar, obses kelihatan sama seperti cinta. Tetapi hakikatnya bukan. Golongan ini bahaya sebenarnya, kerana mereka boleh jadi pengganggu hidup kita. Dari segi luaran, mungkin ada yang nampak baik tetapi dalamannya sangat bahaya. Dia merupakan pembenci dalam diri seorang pencinta.
Entah apa yang membuatkan dia jadi begitu, entah di mana silapnya, saya pun tidak tahu. Kadang saya keliru, buntu. Di mana silapnya ? Kenapa dia boleh bersikap begitu? Tidak saya sedari apa yang sebenarnya berlaku dan membuatkan saya sering tertanya-tanya tentang sikapnya, sehinggalah saya temui ciri ciri ini.
12 Tanda Seseorang Terlalu Obses dengan Kamu
Mudah untuk kita ketahui bahawa cemburu itu bertempat mahupun tidak. Bila mana kamu sedang berurusan dengan seseorang (lelaki/perempuan) , samada untuk kerja ataupun hanya berkawan, dia mesti tidak akan berdiam diri dan mula meletakkan tuduhan melulu dan beranggapan kamu sedang curang atau menduakan dia. Tanpa ada ruang untuk berbincang.
2. Selalu berprasangka terhadap anda
Apabila ada lelaki/wanita lain yang sedang berbuat dengan anda, pasti dia akan menuduh anda gatal dan menganggap anda sedang melayan lelaki/wanita itu. Mestipun anda hanya berurusan melibatkan hal hal kerja sebenarnya. Selain daripada itu, apabila anda hilang dihadapan matanya, dia akan kerap tercari cari, tidak keruan dan membuat tuduhan bahawa anda sedang keluar dengan lelaki lain. Malah ada yang akan merajuk sedangkan anda bukanlah milihnya, bukan kekasih hatinya.
Jika anda dan dia berkawan di Facebook/Instagram, anda boleh nampak sebenarnya orang yang dobses terhada anda kurang suka dan tak akan like status/gambar anda yang bahagia samada anda dengan keluarga atau dengan kawan-kawan. Sebaliknya dia suka like status sedih anda. Jika kita dan dia tiddak berkawan di Facebook tetapi ada mutual friends yang di "tag", dia akan resah malah dia akan blacklist mutual friend itu. Dan jika sudah keterlaluan rasa obsesnya, dia juga akan bertindak untuk memblock Facebook anda, mestipun dia sebenarnya yang add anda di Facebook.
4. Kita adalah miliknya seorang
Sesiapa sahaja yang cuba mendekati anda akan dipandang dengan pandangan tajam, serong. Apabila anda bersamanya, dia akan pastikan tiada orang lain yang mengganggu. Jika ada yang menyapa atau mahu berbual, dia akan tarik muka kurang senang. Sebolehnya dia akan menghalau orang tersebut dengan membuatkan orang itu berapa kurang selesa berada di situ. Paling bahaya apabila "Kalau aku tak dapat dia, orang lain jangan mimpi nak dapat dia" Bahaya bukan? Untuk itu, dia akan lakukan apa sahaja untuk memastikan matlamatnya tercapai.
5. Tidak mahu anda tahu status atau perkembangan diri dia
Mestipun harta berjuta, orang sebegini sering berasa tidak lengkap, serba tak cukup. Biasanya mereka suka merahsiakan detik detik bahagia, derita atau apa saja perkembangan dirinya daripada anda. Apabila ada seseorang yang bercerita tentang dia pada anda, dia akan merasa bahawa orang tersebut tidak amanah. Pendek kata, kalau kita tahu banyak tentang hal dia, dia takut kita akan tahu tentang kelemahan dia.
6. Stalk media social anda
Orang yang obses sebenarnya juga meminati kita secara senyap. Dia kurang gemar enunjukkan perasaan itu dengan cara yang menyelesakan. Sebaliknya dia akan meninggalkan banyak tanda tanya pada kita. Sikap ini sangat berbeza jika seseorang itu suka dan cintakan anda. Orang yang suka mahupun cintakan anda, lebih terbuka untuk berkongsi perasaannya. Tetapi sebaliknya pula orangyang obses, sebolehnya dia tidak mahu orang lain tahu. Malah jangan terkejut jika ada yang senyap senyap sanggup mengekori anda kemana sahaja. Malaj jika mereka berduit, mereka akan mengupah orang untuk mengekori anda. Bagi yang ada skill atau berkebolehan hack komputer dan sebagainya. Mereka akan hack akaun anda, meninjau apa yang sedang anda buat pada LAN yang sama dan boleh dikategorikan sebagai breach privacy act.
7. Orang yang anda suka & sayang adalah musuh dia
Dia benci dengan insan insan yang anda suka mahupun sayang. Dia benci dengan orang yan gcuba kenali mahupun mendekati anda. Baginya anda hanyalah kepunyaan dia seorang, Dia berbeza dengan orang yang suka mahupun cintakan anda yang suka melihat kebahaggiaan anda. Seseorang yang tidak suka ada anda merupakan aset baginya. Dia akan peralatkan orang orang ini untuk mengetahui kelemahan anda. Malah dia suka ambil tahu tentang orang yang rapat mahupun baik dengan anda. Kerana dia akan uba menyingkirkan orang itu secara perlahan dari hidup anda.
8. Suka mengugut dan mengherdik anda
Mungkin ada diantara mereka yang mengaku dia suka mahupun dia sayang pada anda, tetapi sebaliknya dia suka mengherdik mahupun mengugut anda. Bagi merek, anda ialah boneka mahupun permainan dia. Segala rentaknya anda kene ikut. Jika tidak dia akan marah mahupun melenting. Tanda-tanda ini boleh nampak jika anda tidak layan dia sangat.
9. Sering halang anda
Apabila dia tahu anda ada rancangan mahupun plan masa hadapan yang nyata tidak menyebelahi diam dia akan halang anda dari meneruskannya. Dan sekiranya dia rapat dengan anda, sebolehnya dia akan berkata sesuatu yang menjatuhkan semangat anda.
10. Sukar terima hakikat akan kebahadian anda
Jika orang yang obses pada anda merasakan bahawa anda lebih bahagia dari dia, itu boleh menjadi ancaman besar buat dia. Kerana selain daripada mengganggap anda adalah hak milik mereka, mereka juga turut mengganggap anda sebagai pesaing terbesar mereka. Dia tak mahu mengalah dengan anda. Sebab dia ada sikap menguasai. Lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mencederakan mahupun merosakkan anda. Kerana dia tidak mahu anda nampak hebat. Baginya kehebatan kita adalah dia punya seorang.
11. Berselindung di sebalik kebaikan
Biasanya mereka ini pandai berain dan pandai bermain dengan kata kta. Lantas dia berselindung disebalik kebaikan dan membuat semua orang menyangka bahawa apa yang dilakukannya adalah betul. Dan andalah yang bersalah. Petanda awal mungkin kelihatan bahawa dia seorang yang baik, tetapi apabila berdua bersama, barulah anda akan melihat sendiri sikap sebenarnya dia.
12. Sukar menerima sebarang penolakan daripada orang yang mereka obses
Apabila dia terlalu obses terhadap anda, dia sukar untuk menerima sebarang penolakan daripada anda. Ada antara mereka akan terus memaksa anda dan ada juga yang akan membuatkan hidup anda tidak tentetam. Apa saja yang anda lakukan, semuanya tidak kena baginya. Pendek katam dia sukakan penderitaan orang yang dia obses. Malah dia sanggup melihat kehdupan orang yang dia obses itu sengsara.
Petikan : https://nadhiewueen.blogspot.com/2017/10/tanda-tanda-seseorang-terlalu-obses.html
Apabila dia terlalu obses terhadap anda, dia sukar untuk menerima sebarang penolakan daripada anda. Ada antara mereka akan terus memaksa anda dan ada juga yang akan membuatkan hidup anda tidak tentetam. Apa saja yang anda lakukan, semuanya tidak kena baginya. Pendek katam dia sukakan penderitaan orang yang dia obses. Malah dia sanggup melihat kehdupan orang yang dia obses itu sengsara.
Petikan : https://nadhiewueen.blogspot.com/2017/10/tanda-tanda-seseorang-terlalu-obses.html
"Kegilaan, ialah tanda seseorang itu obses. Terma ini digunakan pada orang yang terlalu meminati atau taksub kepada sesuatu objek atau perbuatan."
"Because I recognized that addiction often runs in cyclical patterns, it was important for me to create something that people could “see” as a way of gauging their own behaviors. And so I created the Obsessive Love Wheel (OLW) as a demonstration of Obsessive Relational Progression (ORP)" by John D. Moore
Mengikut roda obses cinta, rangkaian pusingan cinta ini bermula dari fasa pertama PERHATIAN, kemudian CEMAS, seterusnya OBSES dan akhirnya KEMUSNAHAN.
Sedikit sebanyak saya rasa ramai yang dah nampak perbezaan antara cinta kan seseorang atau obses akan seseorang. Kadang kala perasaan jika tidak di kawal, yes ia akan terdorong kepada taksub akan seseorang hingga lupa akan diri sendiri, lupa akan ketentuan Ilahi serta sampai sanggup buat "agenda" agar si obses mendapatkan perhatian dari orang yang mereka obses.
Semoga kita semua mengambil tahu keaadaan teman sekeliling dan mengambil iktibar dari kisah nad diatas.
Sekian,
Terima Kasih,
Dr. Romantik.
No comments:
Post a Comment