Thursday, 21 June 2018

11 TIPS MEMUJUK PEREMPUAN

TAHUKAH ANDA CARA UNTUK SINGKATKAN TEMPOH PEREMPUAN MERAJUK ITU MUDAH ?

Lelaki cepat rimas bila perempuan atau pasangan mereka merajuk dalam masa yang lama. Malah terbawak bawak kepada perkara yang lain. Kenapa perlu pening kepala dengan benda yang sebenarnya kacang dan ada jalan untuk selesai kan masalah utama korang dengan cepat.

11 TIPS MEMUJUK PEREMPUAN

Bila seseorang marah, khususnya PEREMPUAN ! mesti akan membebel atau bercakap panjang lebar, kadang kalau di biar boleh jadi bertih jagung ooohh ! haha. Kebenaran nya bila perepuan mula bersuara, dia mahu didengar suara hati nya. pandang muka dia , tatap mata nya dan dengar la sebaik mungkin. Mungkin itu sekadar luahan dia. jangan pula pandang tempat lain bila dia mulakan kata kata. Lebih baik dia bersuara dari dia diam seribu bahasa. kan?





PEREMPUAN adalah makhluk paling "pelik" dan "sukar difahami" . Betul ke ? TAK LAHH. Mudah sangat nak paham perempuan ni. Bila dia mula cebek (muncung itik) atau merajuk. Layan dia seperti anak kecil. Gunakan ayat manja macam "alololo sian dia" atau "alaaa comel je dia merajuk" . Peratus dia marah confirm.. *ULANG SUARA .. Confirm ye berkurangan. walaupun dia masih merajuk atau suara masih lebih kurang . Tetapi dia rasa lebih better dari di biar atau ditegur kerana merajuk. Mana saja perempuan dalam dunia, dengan pasangan mereka akan MANJA. Perlahan lahan dia akan reda jika kita layan dia dengan elok. Jika perlu di agah timang , layankan saja. Mungkin dengan tu dia boleh tergelak.




Manusia mana yang bila marah tu comel ? HAKIKAT ! haha , tapi sebagai pasangan yang sudah kenal luar dan dalam. Tahu kecantikan dalamnya, time marah tu guna kan kuasa puji apa saja yang dia ada. Contoh nya , "I suka tengok you senyum" atau " I beruntung dapat you , walaupun you suka marah/merajuk, tapi hati you baik" . Puji keistimewaan yang dia ada. Jangan puji benda yang dia tak ada, dia berat untuk terima. Kat sini kene play safe, puji yang command thing yang dia selalu buat atau itu memang dirinya. Buat dia sedar, kita menghargai dia walaupun time tu dia tengah merajuk.





RAHSIA HATI PEREMPUAN lebih berat dari batu bata, tapi kebiasaan mereka terus pendam dan tidak bercerita. Bila tiba keadaan tak berapa stabil, dia akan mula buka kitab hati nya. TUDIA . time tu tersilap langkah, akan ada jilid ke 2 dan seterus nya sehingga tak terkira. Lebih elok kita mendengar luahan hati nya. Lebih baik kita sebagai pasangan cuba meringankan tekanan dia dengan mendengar kata kata dia dari berbalah dan menafikan. walaupun ia kadang hanya salah paham dan datang dari kerenah pihak perempuan itu sendiri. Jika perlu cuba capai tanganya, kalau ditolak tu cuba usaha sehingga dapat. dia akan biarkan dirinya dipujuk.





Jika terlihat ada kesedihan dalam matanya, jangan diucap apa apa, terus tarik bahunya dan peluk. Usap belakangnya dan biar dia dalam dakapan sementara. Jika dia menangis, kuatkan lagi pelukan tu. tapi jangan sampai sesak nafas dia. Lain pulak yang jadi. Bila dah mula reda, limat semula muka dia, dan lap air mata sambil beri kata semangat. sambil beri kekuatan pada dia.




Bila perempuan merajuk, jangan di naik kan suara. Lagi keruh keadaan. Lembutkan suara bila bercakap dengan dia. Jika dah biasa lembut, maka lembutkan lagi suara tu. Lembut = soft tau , bukan lembut awww. hahaha. Ada yang cakap, kalau selalu cakap lembut dia akan tak hormat pasangan (lelaki) , tidak. Lembut tidak sama dengan menurut perintah atau seperti lembu cucuk hidung. Lembut berkata dengan cara memujuk.





Perempuan kalau tanpa ribut petir, tanpa onar dan duri, dia merajuk dengan perkara kecik itu ini tak kena. Cuba check last dia makan jam berapa. Atau cuba tanya nak makan tak? tak pun terus bawak ke kedai makan. Orderkan makanan kegemaran dia tanpa tanya dia. Kemudian POOFF , dia menjadi selembut sutera dan ceria seperti pelangi hahaha. Kene selalu check masa makan dia.





Ada juga perempuan yang tidak mudah merajuk. Tapi dia akan merajuk bila perkara kritikal jadi. yang ni kira susah sikit nak pujuk sebab dia jenis susah merajuk tapi sekali merajuk .. susahhh brader nak pujuk . Jenuh cuba macam2. haa yang ni tak susah pun nak pujuk dia. Dia tunggu kita ucap maaf dan mengaku salah kita tu apa. Naaa time tu dia rasa lega tapi belum selesai. Merajuk dah reda sikit, tapi senyum dia belum muncul. KAN ?! jadi berikan dia kejutan . agar dia lupa pasal silap dan dia ada perkara baru untuk dia pikir. untuk dia ingat. tak susah pun nak buat kejutan. Tak perlu bunga sejambak . NOPE . cukup sekadar datang tanpa beritahu dan bawakan buah tangan. Atau singgah kedai runcit, beli chocs dalam 5 - 6 jenis. letak dalam kotak and selitkan note sweet sweet. kalau tak reti buat ayat sweet, google jerrr . tak susah . Usaha kene ada kalau nak kan dia kembali gembira.




Merajuk ni banyak punca nya. Kebanyakannya bila pasangan tak beri perhatian. sibuk atau terlupa . tak kesah la lupa tarikh penting, lupa nak jumpa atau terlupa nak contact. Lepas tu dia mesti merajuk. Jangan la biarkan dia macam takde apa apa. Pujuk dia, luahkan yang kita sebenarnya sayang dia. dia bukan orang biasa macam orang lain kat luar sana. dia istimewa. dia yang duduk bertakhta dihati. kemudian jelaskan apa yang terjadi. bukan pergi berfoya dengan perempuan lain . dan paling penting beri dia jaminan bahawa kita tak perlu cari orang lain untuk kebahagian sebab kita dah ada dia. Baru dia rasa okay and mana tau lepas tu "ohh you nak keluar dengan kawan pergilah" atau "ohhh you ada futsal ? Main futsal elok2 okayy" . siap support lagi tu.





Kalau tak reti sangat pujuk.. Buat lawak. Cara ni kadang jadi kadang tak jadi. hahaha jujur lah kan. Tapi kene cuba lah kalau tak, tak tau jadi ke tak. Contoh bagi teka teki lawak(kene slalu google teka teki). kalau nak pujuk sweet2 tu bukan jiwa konon la kan. ha try buat lawak. Tak pun beri pickup line. Contoh : "Eish napa la you ni buat i rasa macam i ni singa, ( bila dia tanya nape) sebab comel you ni buat i geram nak terkam you! Chiaa chia chiaa haha.





Tips yang terakhir, jika dalam keadaan buntu dan tak tahu apa perlu dilakukan, PALING MUDAH dan berkesan dalam masa yang singkat ! Dia bebel2 merajuk, pandang dia dan senyum. Kemudian dia bebel merajuk lagi, pandang je dia , senyum dan sabar. Tak perlu bersuara. Mesti dia tak jadi nak merajuk atau marah.








Friday, 8 June 2018

12 TANDA SESEORANG TERLALU OBSES TERHADAP ANDA !

Assalamualaikum wbt, HI !



Cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan pribadi. Dalam konteks filosofi cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan belas kasih dan kasih sayang. Pendapat lainnya, cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mahu melakukan apa pun yang diinginkan objek tersebut.
Cinta juga berarti menyukai atau suka terhadap suatu objek baik itu objek nyata, mau pun tidak nyata.

*Sumber : Wikipedia ; https://id.wikipedia.org/wiki/Cinta 

Kisah Nad (bukan nama sebenar) ;


Sudah berapa tahun berlalu, Dia masih sama. Masih lagi obses pada orang yang sama. Jika diukur dari tahap kesetiaan, ya dia memang sangat setia. Setia obses pada gadis yang sama. TETAPI sayangnya, obses bukanla cinta! Untuk pengetahuan kamu, obses tidak boleh disamakan lansung dengan cinta. Dari pandangan mata kasar, obses kelihatan sama seperti cinta. Tetapi hakikatnya bukan. Golongan ini bahaya sebenarnya, kerana mereka boleh jadi pengganggu hidup kita. Dari segi luaran, mungkin ada yang nampak baik tetapi dalamannya sangat bahaya. Dia merupakan pembenci dalam diri seorang pencinta.

Entah apa yang membuatkan dia jadi begitu, entah di mana silapnya, saya pun tidak tahu. Kadang saya keliru, buntu. Di mana silapnya ? Kenapa dia boleh bersikap begitu? Tidak saya sedari apa yang sebenarnya berlaku dan membuatkan saya sering tertanya-tanya tentang sikapnya, sehinggalah saya temui ciri ciri ini.

12 Tanda Seseorang Terlalu Obses dengan Kamu

1. Cemburu tidak bertempat 

Mudah untuk kita ketahui bahawa cemburu itu bertempat mahupun tidak. Bila mana kamu sedang berurusan dengan seseorang (lelaki/perempuan) , samada untuk kerja ataupun hanya berkawan, dia mesti tidak akan berdiam diri dan mula meletakkan tuduhan melulu dan beranggapan kamu sedang curang atau menduakan dia. Tanpa ada ruang untuk berbincang.


2. Selalu berprasangka terhadap anda

Apabila ada lelaki/wanita lain yang sedang berbuat dengan anda, pasti dia akan menuduh anda gatal dan menganggap anda sedang melayan lelaki/wanita itu. Mestipun anda hanya berurusan melibatkan hal hal kerja sebenarnya. Selain daripada itu, apabila anda hilang dihadapan matanya, dia akan kerap tercari cari, tidak keruan dan membuat tuduhan bahawa anda sedang keluar dengan lelaki lain. Malah ada yang akan merajuk sedangkan anda bukanlah milihnya, bukan kekasih hatinya.



3. Tidak suka tengok detik detik bahagia anda 

Jika anda dan dia berkawan di Facebook/Instagram, anda boleh nampak sebenarnya orang yang dobses terhada anda kurang suka dan tak akan like status/gambar anda yang bahagia samada anda dengan keluarga atau dengan kawan-kawan. Sebaliknya dia suka like status sedih anda. Jika kita dan dia tiddak berkawan di Facebook tetapi ada mutual friends yang di "tag", dia akan resah malah dia akan blacklist mutual friend itu. Dan jika sudah keterlaluan rasa obsesnya, dia juga akan bertindak untuk memblock Facebook anda, mestipun dia sebenarnya yang add anda di Facebook.


4. Kita adalah miliknya seorang
Sesiapa sahaja yang cuba mendekati anda akan dipandang dengan pandangan tajam, serong. Apabila anda bersamanya, dia akan pastikan tiada orang lain yang mengganggu. Jika ada yang menyapa atau mahu berbual, dia akan tarik muka kurang senang. Sebolehnya dia akan menghalau orang tersebut dengan membuatkan orang itu berapa kurang selesa berada di situ. Paling bahaya apabila "Kalau aku tak dapat dia, orang lain jangan mimpi nak dapat dia" Bahaya bukan? Untuk itu, dia akan lakukan apa sahaja untuk memastikan matlamatnya tercapai.



5. Tidak mahu anda tahu status atau perkembangan diri dia

Mestipun harta berjuta, orang sebegini sering berasa tidak lengkap, serba tak cukup. Biasanya mereka suka merahsiakan detik detik bahagia, derita atau apa saja perkembangan dirinya daripada anda. Apabila ada seseorang yang bercerita tentang dia pada anda, dia akan merasa bahawa orang tersebut tidak amanah. Pendek kata, kalau kita tahu banyak tentang hal dia, dia takut kita akan tahu tentang kelemahan dia.



6. Stalk media social anda
Orang yang obses sebenarnya juga meminati kita secara senyap. Dia kurang gemar enunjukkan perasaan itu dengan cara yang menyelesakan. Sebaliknya dia akan meninggalkan banyak tanda tanya pada kita. Sikap ini sangat berbeza jika seseorang itu suka dan cintakan anda. Orang yang suka mahupun cintakan anda, lebih terbuka untuk berkongsi perasaannya. Tetapi sebaliknya pula orangyang obses, sebolehnya dia tidak mahu orang lain tahu. Malah jangan terkejut jika ada yang senyap senyap sanggup mengekori anda kemana sahaja. Malaj jika mereka berduit, mereka akan mengupah orang untuk mengekori anda. Bagi yang ada skill atau berkebolehan hack komputer dan sebagainya. Mereka akan hack akaun anda, meninjau apa yang sedang anda buat pada LAN yang sama dan boleh dikategorikan sebagai breach privacy act.



7. Orang yang anda suka & sayang adalah musuh dia
Dia benci dengan insan insan yang anda suka mahupun sayang. Dia benci dengan orang yan gcuba kenali mahupun mendekati anda. Baginya anda hanyalah kepunyaan dia seorang, Dia berbeza dengan orang yang suka mahupun cintakan anda yang suka melihat kebahaggiaan anda. Seseorang yang tidak suka ada anda merupakan aset baginya. Dia akan peralatkan orang orang ini untuk mengetahui kelemahan anda. Malah dia suka ambil tahu tentang orang yang rapat mahupun baik dengan anda. Kerana dia akan uba menyingkirkan orang itu secara perlahan dari hidup anda.



8. Suka mengugut dan mengherdik anda

Mungkin ada diantara mereka yang mengaku dia suka mahupun dia sayang pada anda, tetapi sebaliknya dia suka mengherdik mahupun mengugut anda. Bagi merek, anda ialah boneka mahupun permainan dia. Segala rentaknya anda kene ikut. Jika tidak dia akan marah mahupun melenting. Tanda-tanda ini boleh nampak jika anda tidak layan dia sangat. 



9. Sering halang anda
Apabila dia tahu anda ada rancangan mahupun plan masa hadapan yang nyata tidak menyebelahi diam dia akan halang anda dari meneruskannya. Dan sekiranya dia rapat dengan anda, sebolehnya dia akan berkata sesuatu yang menjatuhkan semangat anda. 



10. Sukar terima hakikat akan kebahadian anda

Jika orang yang obses pada anda merasakan bahawa anda lebih bahagia dari dia, itu boleh menjadi ancaman besar buat dia. Kerana selain daripada mengganggap anda adalah hak milik mereka, mereka juga turut mengganggap anda sebagai pesaing terbesar mereka. Dia tak mahu mengalah dengan anda. Sebab dia ada sikap menguasai. Lebih teruk lagi apabila ada yang sanggup mencederakan mahupun merosakkan anda. Kerana dia tidak mahu anda nampak hebat. Baginya kehebatan kita adalah dia punya seorang.


11. Berselindung di sebalik kebaikan
Biasanya mereka ini pandai berain dan pandai bermain dengan kata kta. Lantas dia berselindung disebalik kebaikan dan membuat semua orang menyangka bahawa apa yang dilakukannya adalah betul. Dan andalah yang bersalah. Petanda awal mungkin kelihatan bahawa dia seorang yang baik, tetapi apabila berdua bersama, barulah anda akan melihat sendiri sikap sebenarnya dia. 



12. Sukar menerima sebarang penolakan daripada orang yang mereka obses


Apabila dia terlalu obses terhadap anda, dia sukar untuk menerima sebarang penolakan daripada anda. Ada antara mereka akan terus memaksa anda dan ada juga yang akan membuatkan hidup anda tidak tentetam. Apa saja yang anda lakukan, semuanya tidak kena baginya. Pendek katam dia sukakan penderitaan orang yang dia obses. Malah dia sanggup melihat kehdupan orang yang dia obses itu sengsara.
     
Petikan : https://nadhiewueen.blogspot.com/2017/10/tanda-tanda-seseorang-terlalu-obses.html


"Kegilaan, ialah tanda seseorang itu obses. Terma ini digunakan pada orang yang terlalu meminati atau taksub kepada sesuatu objek atau perbuatan."

*Sumber : Wikipedia ; https://ms.wikipedia.org/wiki/Gila

"Because I recognized that addiction often runs in cyclical patterns, it was important for me to create something that people could “see” as a way of gauging their own behaviors. And so I created the Obsessive Love Wheel (OLW) as a demonstration of Obsessive Relational Progression (ORP)" by John D. Moore

Mengikut roda obses cinta, rangkaian pusingan cinta ini bermula dari fasa pertama PERHATIAN, kemudian CEMAS, seterusnya OBSES dan akhirnya KEMUSNAHAN. 

Sedikit sebanyak saya rasa ramai yang dah nampak perbezaan antara cinta kan seseorang atau obses akan seseorang. Kadang kala perasaan jika tidak di kawal, yes ia akan terdorong kepada taksub akan seseorang hingga lupa akan diri sendiri, lupa akan ketentuan Ilahi serta sampai sanggup buat "agenda" agar si obses mendapatkan perhatian dari orang yang mereka obses. 

Semoga kita semua mengambil tahu keaadaan teman sekeliling dan mengambil iktibar dari kisah nad diatas.

Sekian,

Terima Kasih,

Dr. Romantik.