Assalamualaikum wbt, salam manis dari dokter. Before dok mula muntahkan sikit sumbangan minda , dok nak remindlah MOMSYY DAY (HARI IBU) JATUH PADA 13hb Mei 2018 , Ahad. Luangkan masa istimewa bersama mumsy2 awak ya
Pernah ke kita dengar kita boleh pilih untuk jadi anak sape? "Lahir lahir jadi anak Siti Nurhaliza, penyanyi no 1 Malaysia". Jadi anak siapa adalah bukan pilihan kita. Tetapi keputusan untuk meneran dan melahirkan anak adalah pilihan buat setiap ibu dalam dunia ni. Walaupun ada yang kadang tu blur sedar tak sedar je akan melahirkan anak, ada yang tau tau dah ada anak , EHH ! Setiap wanita telah diciptakan yang luarannya lembut tetapi martabat dan dalamannya kuat teguh .
Pada yang belum penah tengok depan mata jihad ibu meneran seorang anak dalam satu masa. Dengan teriakan yang tak menentu, berhabis tenaga, napas tercungap tak tahu bila nak tarikh hembus napas nya, keperitan bahagian yang terkoyak dan digunting, DARAH jangan dibilang. habis separuh nyawa hempas pulas. itu belum dikira selepas saat selamat, 40 hari berpantang dan seterusnya berjaga malam dan saat mengendung kau si anak kekiri kenanan tergolek dalam perut. The huge sacrifice you can see is from a mother yang baru delivery baby. MasyaAllah . tak terucap. Pengorbanan dia tu takde henti dan hanya kematian dia je yang buat dia berhenti berdoa untuk anak anak . WALAUPUN ANAK SINAKAL YA RABBI !!
Jangan try buat calculation jasa ibu, tak akan pernah dapat dalam bentuk pengiraan . buang masa je. sebab ibu sendiri tidak pernah kira apa yang dia korban , apa dia bagi , tidak pernah . dengan ikhlas tulus tanpa KONTRAK pemulangan bila saat kau cecah usia 18 tahun . haa kalau ada kisah macam ni , tolong inform dok ya. dok nak baca kisah dia.
Dok sendiri secara peribadi berlumba lumba untuk menjaga dan menagih kasih ibu antara adik beradik lain . Haaa kenapa sampai berebut ? Sebab rahmat kehidupan Allah hadiahkan melalui ibu . ibu kita yang tidak ada ganti tidak ada spare kat mana mana kedai runcit atau bengkel kereta. dengan jaga dia manjakan dia bawak jalan jalan , hadiahkan kasih sayang perhatian , InsyaAllah , journey kita ke masa hadapan lebih rasa mudah . seolah kita bawak seguni beban batu (kenapa batu tu jangan la tanya, contoh sahaja) dengan adanya mak kita ni, dipimpin dibelai dijaga, beban guni batu tadi seolah menjadi separuh tetapi kuantiti batu masih sama. tidak lah menjadi sia sia kalau kita ni utamakan mak kita.
Mana yang hati hitam keras ego meninggi atau tekecil hati majuk dengan mak tu. Amik saat hari ibu sebagai alasan nak minta maaf , nak spend time dengan mak, nak balik rumah urut kaki mak, cabut uban mak sebagai hadiah . Jangan pikir banyak kali, jika terlintas teruskan saja, kalau rasa sampai rumah tu nanti nak terus peluk cium terus buat, apa mak cakap belakang kira, pastu cakap lah HAPPY MOMSY (momzyyy) DAY mak !
Tips Ringkas Untuk Ambil Hati Ibu
.
Bersyukur atas kurniaan Allah swt yang telah memanjangkan umur ibu, memberi kesihatan dan menghadiahkan ibu yang terbaik dalam kehidupan kita. And then kenang kesusahan ibu membesarkan kita, ingat balik betapa nakal or degil kita sampai mak marah. kemudian macam mana keadaan kembali baik ? Samada mak datang terus pura2 tiada apa berlaku (mak terus maafkan tanpa kita minta maaf) atau kita minta maaf then mak terus maafkan (dengan mudah mak maafkan) . Terima kasih pada ibu kerana tidak berputus asa dengan anak degil mu ini.
Bila kita dah mula masuk ke alam dewasa, semua berangkat pergi meninggalkan rumah dengan alasan mencari rezeki, sedarkah kita dihadapan kita , Ibu nampak biasa, tersenyum. Namun tika bersendirian, hati terselit kesunyian, terasa hari tua menjelang, timbul pula persoalan adakah anak akan setia menjaganya atau akan ditinggalkan dalam kesepian ?
Dok berkenan dengan point 2 ni kerana ramai yang terlepas pandang betapa INSECURE nya ibu kita tika mereka menjelang usia senja, siapa yang akan menjaga dia siapa yang akan mandikan dia time dia tak larat utk angkat dan menjirus air ke badan. Disebab kan kurang masa bersama, nak pula kita yang sudah dapat mengorak langkah mendapat "pangkat" kerja yang stabil, terus lupa untuk meluang masa bersama ibu. Sedih kan jika kita selami hati ibu. lepas dah lupa untuk luang masa, ibu mula terpikir perkara yang tidak sepatut nya beliau terpikir. haaa ! jangan sampai ke tahap tu , cepat cepat asingkan masa tertentu untuk ibu kita. Beritahu dalam kesibukan, kita sudah mula terasa rindu .pada ibu, Dalam meeting pun teringatkan senyuman ibu.
Tunjukkan perasaan kita amat memerlukan dia, walaupun kita sudah mampu berdiri sendiri. Tunjukkan bahawa dia adalah orang terpenting dalam hati kita dengan sentiasa berkongsi berita gembira mahu sedih dengan ibu, supaya dia merasa ada kehadiran kita dan dia tidak keseorangan. Kalau kadang kita terpaksa membuat keputusan besar dalam pekerjaan terutamanya, namun tidak tahu apa yang perlu dibuat, yang pertama nya harusla kita berdoa bagi yang muslim, and then cari ibu. cerita kan pada dia. walaupun dia tidak ada jawapan untuk soalan kita, tetapi DIA BOLEH BANTU DARI SEGI BERDOA agar kita dimudahkan untuk menmbuat keputusan. Ingat semua, doa ibu tiada hijab dan mudah untuk termakbul.
SHE IS OUR DIAMOND , THE BRIGHTEST LIGHT, THE SHINIEST LOVE !
please take care of her so much .
Tunjukkan perasaan kita amat memerlukan dia, walaupun kita sudah mampu berdiri sendiri. Tunjukkan bahawa dia adalah orang terpenting dalam hati kita dengan sentiasa berkongsi berita gembira mahu sedih dengan ibu, supaya dia merasa ada kehadiran kita dan dia tidak keseorangan. Kalau kadang kita terpaksa membuat keputusan besar dalam pekerjaan terutamanya, namun tidak tahu apa yang perlu dibuat, yang pertama nya harusla kita berdoa bagi yang muslim, and then cari ibu. cerita kan pada dia. walaupun dia tidak ada jawapan untuk soalan kita, tetapi DIA BOLEH BANTU DARI SEGI BERDOA agar kita dimudahkan untuk menmbuat keputusan. Ingat semua, doa ibu tiada hijab dan mudah untuk termakbul.
SHE IS OUR DIAMOND , THE BRIGHTEST LIGHT, THE SHINIEST LOVE !
please take care of her so much .
Buat yang masih ada ibu, rebutlah peluang. Buat ibu yang sudah pergi, kita hadiahkan bacaan Al Fatihah dan Al Quran setiap hari . Jangan putus kasih pada ibu kerana tidak akan pernah langsai jasa dia pada kita, anak.
Terima kasih,
Dr. Romantik.
No comments:
Post a Comment