Sunday, 20 May 2018

5 Tips Memperbaiki Masalah Komunikasi Dalam Rumah Tangga

Assalamualaikum wbt, salam manis semua . Dok nak mengambil kesempatan untuk ucap "Marhaban ya Ramadhan, Selamat berpuasa di bulan ramadhan yang mulia !"

Maaf jika tajuk entry kali ini tidak begitu indah. Disebabkan dok ni sensitif sangat dengan kehambaran rumah tangga, dalam jiwa kita seharusnya penuh dengan perkara baik, murni dan paling penting, KASIH SAYANG ! 

Bulan lalu, dok terima 1 email dri wanita berumur 29tahun, menjadi isteri selama 7 tahun dan menjadi ibu selama 4 tahun. Beliau mengenalkan diri sbg "SITI", bukan nama sebenar. 

Siti mengadu suaminya sentiasa baik tetapi dingin, cakap kasar, macam siti ni lelaki dibuatnya serta jarang jarang bermesra, pada awalnya siti pikir biasa saja. Siti rasa tiada apa yang serious . Ye la cakap kasar, sebab dari kecik kan. Nak ubah takboleh, jadi dia beri panggilan suami dia "hulk" sebab kasar tapi baik.

Selepas 2 tahun kawin dan duduk dengan mak mertua, siti pindah duduk sendiri dengan suaminya, hulk. Niat utk berdikari dan susah senang bersama. Tak mahu bergantung dengan mak mertua. True color of both side baru nampakkk, haa. Siti jadi sangat sensitif dan hulk sangat tidak sensitif. Berbeza dan sering jadi punca bergaduhan. Lagi pulak HULK memang tak mahu mengalah. Siti pula rasa tertindas. Keadaan berterusan sehingga hadir seorang cahaya mata perempuan, Hulk dan Siti cuba untuk memperbaiki hubungan jadi lebih baik kerana sudah ada anak. Tetapi keadaan makin bertambah teruk, ujar Siti. Hulk semakin tidak mengambil tahu. Siti pula kepenatan dan hanya melayan anaknya. Hubungan mereka kekal hanya kerena anak sahaja. 

Benar, kata kata orang. Hidup rumah tangga penuh dengan asam garam kehidupan. Mana datangnya manis, jika tiada ujian. Tetapi dalam kisah siti dan suaminya, si hulk. Mereka dilanda ujian tetapi tidak mengambil langkah awal untuk ubah. Dibiar dan dibiar sehingga keadaan sukar untuk dirawat. 

Dok cuba mendengar cerita Siti sambil dok terpikir, mengapa terjadi perkara diatas. Mengapa harus ada hati yang perlu diabaikan. Walhal, mereka suami isteri. Mereka duduk serumah dan tidur sebilik. Mengapa sehingga tidak berkomunikasi? Untuk mengelak dari pergaduhan? Dok sayu. 

Selepas siti selesai bercerita, dok berikan beberapa tips bagi permulaan untuk perbaiki masalah rumah tangga dari segi komunikasi . 



Tip 1 : Saling memaafi dan meminta maaf. 

Sesiap akad nikah, harus kita tahu bahawa suami/isteri itu peneman setiap saat kita, harus kita persiapkan diri agar sentiasa saling memaafi dan saling meminta maaf andai terjadi kesalahan, besar ke kecik ke perlu bersedia. rajinkan diri untuk meminta maaf sebelum tidur. andai rasa sedang bahagia juga perlu memohon maaf sebelum tidur. okay sayang suma ?

Tip 2 : Silent move 

Ramai terlepas pandang bahawa sentuhan suami dan isteri ada MAGIC, malah dapat pahala tau. Bila tengah marah atau merajuk dan macam akan berlarutan je, amik langkah "silent move", buat jalan dekat dekat lepas tu tersentuh tangan macam angin lalu, terlanggar badan atau paling dok suka, buat buat nak amik barang sekeliling pasangan, hehe lama lama mesti dia perasan. Buat dalam 3 - 4 kali. tapi nampakkan "silent move" tu secara tidak sengaja atau secara lembut.

Sangat mudah untuk buat tetapi memerlukan kehendak yang tinggi. Jika betul niat kita untuk perbaiki hubungan, andai tindakan ini tidak diberi respond dengan baik, tetapkan hati awak, cuba lagi. 


Tip 3 : Pujuk 

Lelaki ke perempuan ke, mesti ada perasaan nak bermanja atau merajuk. jadi PUJUKLAH ! Haha, walaupun kisah HULK dan Siti  di atas tadi, suaminya juga perlu pujuk rayu mengapa dia berterusan kasar walhal waktu bercinta boleh dating bagai. Saat pasangan tu merajuk, jangan duk buat taktau then pikir "alaa sat lagi elok la tu" , Nooo ! memang akan elok tapi untuk jangka masa lama hubungan boleh jadi pudar. Kita nak kasih sayang tu sentiasa ada dalam hati . Tunjuk yang kita kesah apa yang dia alami , apa yang dia rasa. Yes dalam hidup kita banyak benda lain , tetapi hal kecil sebegini boleh beri kesan yang sangat besar dalam rumah tangga. Ingat, semut yang kecil dapat membutakan mata manusia.


Tip 4 : Komunikasi 2 Hala

Tahu tak, selalu nya masalah komunikasi ni terjadi bila terjadinya komunikasi 1 hala. Cuba ubah dengan mengambil tahu pendapat pasangan, kehendak, keperluan, citarasa, hobi dan sebagainya. Jika jenis pasangan pendiam, cuba jadi kontra dengan banyakkan bertanya. Jika pasangan memberitahu sesuatu, dengar dengan baik. Jika pasangan sukakan belaian, layankan. Jadikan setiap komunikasi antara suami dan isteri tu komunikasi 2 hala.

Tip 5 : Hormat dan Adab

Hal yang amat dititik beratkan oleh atuk nenek kita. Sentiasa menghormati pasangan mahu isteri atau suami. Hormat ruang serta hak masing masing. Berbincang jika ada perkara yang perlu disuarakan . Jika nak buat keputusan, harusnya bincang. Beradap dengan suami agar terus disayangi.


Balik pada kisah Siti tadi , Hulk masih bertutur kasar tetapi ayat yang digunakan sudah mula berubah ada manis ada cinta . Siti ada mengaku salahnya pada suaminya untuk memperbaiki masalah dan mereka berdua tidak tahu selama ni masalah sebenar mereka, sebab.... tak luahkan .

Syukur Alhamdulillah, Dok rasa lega and terubat juga hati kesan dari permasalahan mereka. Dok harap kisah ni dapat bantu ramai lagi pasangan luar sana yang mengalami masalah dalam Komunikasi.

Terima kasih,

Dr. Romantik.






Thursday, 10 May 2018

UTAMAKAH IBU KITA ?

Assalamualaikum  wbt, salam manis dari dokter. Before dok mula muntahkan sikit sumbangan minda , dok nak remindlah MOMSYY DAY (HARI IBU) JATUH PADA 13hb Mei 2018 , Ahad.  Luangkan masa istimewa bersama mumsy2 awak ya 


Pernah ke kita dengar kita boleh pilih untuk jadi anak sape? "Lahir lahir jadi anak Siti Nurhaliza, penyanyi no 1 Malaysia". Jadi anak siapa adalah bukan pilihan kita. Tetapi keputusan untuk meneran dan melahirkan anak adalah pilihan buat setiap ibu dalam dunia ni. Walaupun ada yang kadang tu blur sedar tak sedar je akan melahirkan anak, ada yang tau tau dah ada anak , EHH !  Setiap wanita telah diciptakan yang luarannya lembut tetapi martabat dan dalamannya kuat teguh . 

Pada yang belum penah tengok depan mata jihad ibu meneran seorang anak dalam satu masa. Dengan teriakan yang tak menentu, berhabis tenaga, napas tercungap tak tahu bila nak tarikh hembus napas nya, keperitan bahagian yang terkoyak dan digunting, DARAH jangan dibilang. habis separuh nyawa hempas pulas. itu belum dikira selepas saat selamat, 40 hari berpantang dan seterusnya berjaga malam dan saat mengendung kau si anak kekiri kenanan tergolek dalam perut. The huge sacrifice you can see is from a mother yang baru delivery baby. MasyaAllah . tak terucap. Pengorbanan dia tu takde henti dan hanya kematian dia je yang buat dia berhenti berdoa untuk anak anak . WALAUPUN ANAK SINAKAL YA RABBI !!

Jangan try buat calculation jasa ibu, tak akan pernah dapat dalam bentuk pengiraan . buang masa je. sebab ibu sendiri tidak pernah kira apa yang dia korban , apa dia bagi , tidak pernah . dengan ikhlas tulus tanpa KONTRAK pemulangan bila saat kau cecah usia 18 tahun . haa kalau ada kisah macam ni , tolong inform dok ya. dok nak baca kisah dia.

Dok sendiri secara peribadi berlumba lumba untuk menjaga dan menagih kasih ibu antara adik beradik lain . Haaa kenapa sampai berebut ? Sebab rahmat kehidupan Allah hadiahkan melalui ibu . ibu kita yang tidak ada ganti tidak ada spare kat mana mana kedai runcit atau bengkel kereta. dengan jaga dia manjakan dia bawak jalan jalan , hadiahkan kasih sayang perhatian , InsyaAllah , journey kita ke masa hadapan lebih rasa mudah . seolah kita bawak seguni beban batu (kenapa batu tu jangan la tanya, contoh sahaja) dengan adanya mak kita ni, dipimpin dibelai dijaga, beban guni batu tadi seolah menjadi separuh tetapi kuantiti batu masih sama. tidak lah menjadi sia sia kalau kita ni utamakan mak kita. 



Mana yang hati hitam keras ego meninggi atau tekecil hati majuk dengan mak tu. Amik saat hari ibu sebagai alasan nak minta maaf , nak spend time dengan mak, nak balik rumah urut kaki mak, cabut uban mak sebagai hadiah . Jangan pikir banyak kali, jika terlintas teruskan saja, kalau rasa sampai rumah tu nanti nak terus peluk cium terus buat, apa mak cakap belakang kira, pastu cakap lah HAPPY MOMSY (momzyyy) DAY mak ! 



 Tips Ringkas Untuk Ambil Hati Ibu



.

Bersyukur atas kurniaan Allah swt yang telah memanjangkan umur ibu, memberi kesihatan dan menghadiahkan ibu yang terbaik dalam kehidupan kita. And then kenang kesusahan ibu membesarkan kita, ingat balik betapa nakal or degil kita sampai mak marah. kemudian macam mana keadaan kembali baik ? Samada mak datang terus pura2 tiada apa berlaku (mak terus maafkan tanpa kita minta maaf) atau kita minta maaf then mak terus maafkan (dengan mudah mak maafkan) . Terima kasih pada ibu kerana tidak berputus asa dengan anak degil mu ini. 





Bila kita dah mula masuk ke alam dewasa, semua berangkat pergi meninggalkan rumah dengan alasan mencari rezeki, sedarkah kita dihadapan kita , Ibu nampak biasa, tersenyum. Namun tika bersendirian, hati terselit kesunyian, terasa hari tua menjelang, timbul pula persoalan adakah anak akan setia menjaganya atau akan ditinggalkan dalam kesepian ?

Dok berkenan dengan point 2 ni kerana ramai yang terlepas pandang betapa INSECURE nya ibu kita tika mereka menjelang usia senja, siapa yang akan menjaga dia siapa yang akan mandikan dia time dia tak larat utk angkat dan menjirus air ke badan. Disebab kan kurang masa bersama, nak pula kita yang sudah dapat mengorak langkah mendapat "pangkat" kerja yang stabil, terus lupa untuk meluang masa bersama ibu. Sedih kan jika kita selami hati ibu. lepas dah lupa untuk luang masa, ibu mula terpikir perkara yang tidak sepatut nya beliau terpikir. haaa ! jangan sampai ke tahap tu , cepat cepat asingkan masa tertentu untuk ibu kita. Beritahu dalam kesibukan, kita sudah mula terasa rindu .pada ibu, Dalam meeting pun teringatkan senyuman ibu. 








Tunjukkan perasaan kita amat memerlukan dia, walaupun kita sudah mampu berdiri sendiri. Tunjukkan bahawa dia adalah orang terpenting dalam hati kita dengan sentiasa berkongsi berita gembira mahu sedih dengan ibu, supaya dia merasa ada kehadiran kita dan dia tidak keseorangan. Kalau kadang kita terpaksa membuat keputusan besar dalam pekerjaan terutamanya, namun tidak tahu apa yang perlu dibuat, yang pertama nya harusla kita berdoa bagi yang muslim, and then cari ibu. cerita kan pada dia. walaupun dia tidak ada jawapan untuk soalan kita, tetapi DIA BOLEH BANTU DARI SEGI BERDOA agar kita dimudahkan untuk menmbuat keputusan. Ingat semua, doa ibu tiada hijab dan mudah untuk termakbul. 





SHE IS OUR DIAMOND , THE BRIGHTEST LIGHT, THE SHINIEST LOVE !
please take care of her so much .



Buat yang masih ada ibu, rebutlah peluang. Buat ibu yang sudah pergi, kita hadiahkan bacaan Al Fatihah dan Al Quran setiap hari . Jangan putus kasih pada ibu kerana tidak akan pernah langsai jasa dia pada kita, anak.

Terima kasih,

Dr. Romantik.